Tuesday, September 4, 2007

wardatul syauqah

Monolog hati…
Jika benar cinta itu suci, layakkah insan hina sepertiku memiliki cinta?

Fairuz...jangan pernah mengejar pelangi...kerana keindahan itu hanya untuk ditatap dan bukan untuk dimiliki...

Aidil Azhiim…akan terleraikah di antara kaca dan permata atau kekalkah ia menjadi saksi buta?
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * EPILOG--Wardatul Syauqah binti Khairuddin

aku memandang siling di hadapanku,kosong...hatiku jua sekosong itu kini. Setelah pertemuan terakhirku bersama Fairuz tadi. aku rasakan hidup ini benar-benar kosong. Dia melafazkan cinta. Cinta? Apa itu cinta? Soalan itu yang ku lemparkan padanya tadi namun jawapannya hanya sebuah senyuman. Ertinya? Fairuz sendiri tidak tahu apa itu cinta. Tetapi apa yang dilafazkannya padaku tadi? Cintakah itu? Penasaran aku seketika. Lidahku kelu, tuturku bisu. aku membalas soalannya dengan soalan. Namun jawapan yang aku terima hanya sebuah kebisuan.aku mengiringkan tubuhku,menghadap potret Ummi, potretnya tatkala masih bersama Baba di Kota London. Ah, baba...ke mana lelaki itu kini. aku sendiri tidak tahu...bila ku tanyakan ummi, jawapannya tetap sama seperti bertahun-tahun yang lalu-senyuman. aku keliru. Baba menikahi Ummi jua kerana cinta, jika itu benar mengikut kata Tok Kiah. Tapi mengapa kerana cinta Baba meninggalkan Ummi? Cinta itu apa? Masih jua soalan itu yang ingin aku soalkan. Baba...Fairuz..dua lelaki yang berbeza namun berani mengungkapkan cinta. Dan aku. aku sendiri tidak tahu apa itu cinta. aku sendiri tidak pasti wujudkah cinta dalam hatiku. Tapi apa pula bagi ummi? Adakah cinta untuk wanita seperti ummi? Yang sepanjang pengetahuanku menghabiskan hari-harinya di Rumah Allah...yang menghabiskan hampir setiap jamnya bersama rakan-rakan di Kuliah-kuliah dan ceramah Agama. aku bangga punyai ummi sepertinya. Sekurang-kurangnya aku adalah aku yang sekarang hasil didikan ummi. Cuma mungkin yang berbeda antara aku dan ummi adalah aku masih lagi mencari erti cinta sedangkan ummi telahpun menemui erti cinta yang hakiki. Bila ku tanya pada siapa, Ummi hanya menyebut 'Subhanallah' dan seperti biasa,tersenyum. Dan ku tahu senyum Ummi penuh makna, senyum itu adalah senyum yang banyak merahsiakan penat lelah dan pahit kembara ummi dalam mencari erti sebenar cinta. aku memejamkan mataku,tatkala itulah bayang-bayang Ummi, Baba dan Fairuz silih berganti. Dan akhirnya. aku terlelap, dalam masih bingung dengan erti cinta yang sebenar...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
BAB 1

aku terjaga agak lewat hari ini, Subuhku jua agak di hujung waktu. Kalau Ummi tahu aku menunaikan kewajipanku yang satu itu selewat ini, habislah aku dileterinya. Selesai berpakaian. aku melihat jam di meja solekku. Ya Allah, sudah terlewat rupanya aku untuk ke kuliah. Langkah kaki ku deraskan. Ummi yang sedang menikmati sarapannya di ruang makan agak tergamam dengan kekalutan ku itu. Namun aku kira ummi pasti memahami anaknya ini sudah terlambat. aku hanya sempat menyalami dan mencium dahi ummi sebelum ku gapai kunci Satria GTI kesayanganku, hadiah pemberian Ummi sempena hari lahirku yang ke-20 tahun lepas. Ummi seolah-olah merestui pemergianku apabila dia mengusap kepalaku penuh kasih. aku sering merasa syahdu apabila Ummi melakukan begitu. Terasa dalamnya kasih sayang Ummi meresap ke dalam lubuk hatiku.

Tanpa sepatah kata pun. aku berlalu meninggalkan rumahku menuju Universiti Tun Abdul Razak, yang letaknya hanya sepuluh minit dari kawasan tinggalku. Telah dua tahun aku di sini, dalam usaha menamatkan pengajianku di bidang perniagaan. Bukan pintaku untuk terus belajar di sini tapi mengenangkan ummi yang akan keseorangan jika aku memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam yang lain. aku memilih hanya untuk melanjutkan pengajianku di sini, supaya aku tidak perlu meninggalkan ummi sendirian di rumah. Besar pengorbananku. aku kira tidak sebesar pengorbanan Ummi dalam membesarkan aku selama 21 tahun ini. Sudah cukuplah selama ini Ummi menghabiskan titik-titik peluhnya dalam membesarkanku. aku kira sudah sampai waktunya aku pula yang membalas segala jasanya.

aku meletakkan kenderaanku di tempat seperti biasa. Langkah ku atur kemas dan pantas menuju ke kelas ku. Pasti hari ini seperti hari-hari yang lepas, Puan Aisyah akan lewat untuk kuliah seperti biasa, bisik hati kecilku penuh yakin. Sebaik sahaja aku menyelak daun pintu yang memisahkan antara ruang rehat dan kelas ku itu. aku terpana. Ya Allah, mimpi apa pula Puan Aisyah tiba lebih awal hari ini? Ya. aku menjadi barang perhatian hari itu. Puan Aisyah hanya tersenyum sinis memandangku. Wajahku hangat tiba-tiba. Malunya aku,Ya Allah!

"Err..Assalamualaikum Puan. Maafkan saya. Saya terlewat." Itu sahaja yang mampu aku tuturkan. Selebihnya,aku kelu. Mataku penuh tabah menatap wajah Puan Aisyah yang tenang itu. Bergelodakkah hatinya di sebalik ketenangan itu. aku cuba mentafsir riak wajahnya.

"Saya nampak itu, Wardah. Duduklah. But promise me,not to repeat it again." Tegas suaranya. Mujurlah dia tidak menghukumku.

"Insya Allah,Puan. I'll try my best." aku membalas arahannya bersama anggukan kepala dan terus mencari tempat duduk. Aduh, tempat yang biasa aku pilih telah diambil orang. Mataku melilau ke bahagian belakang bilik kuliah.
Hanya ada satu tempat kosong, dan letaknya di sebelah Fairuz! Allah,apa pula ujian Mu kali ini? Mahu tidak mahu. aku terpaksa duduk di situ. Fairuz tersenyum,seolah-olah meraikan kemenangannya kerana aku di sisinya. Ah,lelaki ini memang tak tahu malu!

Sepanjang kuliah itu. aku langsung tidak dapat menumpukan perhatianku. Sesekali anak mataku dapat mencuri pandangan Fairuz yang sering singgah di wajahku. Isk, tak belajar ke dia ni. aku bersoal dengan hatiku sendiri.

"Okay class, I want all of you to submit the assignment by next week. Assalamualaikum." Kata-kata Puan Aisyah itu menamatkan kuliahnya. Eh. aku terjaga dari termenung ku. Puan Aisyah dah keluar. aku memandang buku nota di hadapanku, kosong. Masya Allah...tiada apa yang aku dapat untuk kuliah hari ini. Semuanya kerana Fairuz. aku memandangnya,geram namun dia membalasnya dengan tersenyum. Benci aku melihatnya begitu. Baru sahaja dia ingin berkata sesuatu. aku bingkas bangun meninggalkannya terpinga-pinga.

Ya Allah,hanya Dikau tempatku mengadu, dengarkanlah sendu rayuku. Tiada aku tanpa Mu oh,Tuhan...berkatilah hidup ini..rahmatilah tiap langkah hamba Mu ini...

aku mengeluh lagi untuk entah yang ke berapa kalinya. Serabut kepala ku memikirkan soalan Fairuz semalam.aku tahu dia menuntut jawapan dariku hari ini. Ralit aku memikirkan permasalahan itu, tanpa ku sedari Fairuz telah pun berada di hadapanku. Lelaki ini, apa lagi yang kau mahukan dariku?

Tanpa menunggu persetujuanku, Fairuz mengambil tempat duduk di hadapanku. aku memalingkan wajah. Bimbang juga tercipta fitnah dan khabar angin apabila rakan-rakan kuliah ku melihat aku bersama dengannya di kafeteria ini. Fairuz terus merenungku. Seram sejuk aku dibuatnya. Wahai muslimin, tidak malukah engkau berbuat demikian pada seorang muslimah? Lantas aku teringatkan pesan Ummi untuk tidak berduaan bersama muslimin kerana yang akan hadir menjadi orang ketiga adalah syaitan. aku ingin bingkas bangun namun ditahan oleh kata-katanya.

"Nanti dulu, Wardah. Bila awak nak berhenti dari melarikan diri? Penat saya kejar awak,tau. Awak ingat saya ni apa untuk awak main kejar-kejar? Awak anggap saya ni adik-adik awak?" aku tersenyum sinis. Kau silap,wahai lelaki. aku tidak ada adik. aku tersenyum lagi. Mungkin bengang dengan tindakku yang membisu, Fairuz bersuara lagi,

"Wardah, saya ikhlas tentang apa yang saya katakan semalam. Awak dah pertimbangkan ke?" Telah ku agak soalan itu yang akan dibangkitkan. aku tidak membalas kata-katanya. Dapat ku lihat dari anak mataku kemarahan yang ada di riak wajahnya.

"Wardatul Syauqah, saya tahu apa yang cuba awak lakukan. Awak nak saya tergila-gilakan awak,kan? Awak fikir awak siapa untuk dapat semua tu? Sekali awak menolak saya, sepuluh perempuan lain yang akan mengejar saya, Wardah!" Astaghfirullahala'zim...istighfar panjang aku mendengar ayatnya itu. Dengan sifat sebegini kau cuba meraih cintaku, Fairuz? Lelaki dayus apakah engkau ini? Sabarkan aku, Ya Allah...kuatkan hatiku menerima ujianMu ini.

Selepas melepaskan amarahnya itu, Fairuz terus berlalu. Tanpa menunggu lama. aku pun turut meninggalkan kawasan kafeteria itu lantaran ada segelintir mata yang sedang memerhatikan aku. Mungkin mereka tertanya-tanya mengapa Fairuz tiba-tiba mengamuk sedemikian rupa.

Fikiranku tidak tenang. Kata-kata tohmahan Fairuz sebentar tadi asyik terngiang-ngiang di ruang telingaku. Apa lagi yang lelaki itu cuba buktikan padaku? Semalam dia melafazkan cinta, hari ini dia melampiaskan kemarahannya kepadaku. Lamunan ku terhenti ketika kereta yang aku pandu hampir-hampir merempuh pembahagi jalan. Ya Allah, syukur ke hadrat Mu kerana menyedarkan aku. Alhamdulillah. aku tidak mahu begini akhirnya hidupku. aku masih ingin bertemu Ummi dan Baba. aku mengucap panjang mengenangkan apa yang mungkin terjadi padaku jika aku masih terus mengingati apa yang dikatakan Fairuz kepadaku.

Kembara ku teruskan, hampir saja aku ke kawasan perumahanku, telefon tanganku berbunyi. aku memandang skrin.Ah,Ummi. Tidak pernah dia menelefonku waktu-waktu begini. Pasti ada hal yang penting. aku memberhentikan keretaku di sisi jalan lantas ku capai telefon ku itu dan menekan butang OK.

"Assalamualaikum ratu hatiku." Salam ku hulurkan. Ummi masih membisu. Tidak lama begitu, ku dengar esakannya pula. Hatiku berdebar.

"Ummi,Kenapa ni? Ummi kat mana? Kenapa ummi? Kenapa Ummi menangis?" Soalan bertalu-talu aku hulurkan namun Ummi masih menjawabnya dengan esakan. Ya Allah, lindungi ibuku dari bala bencana.

"Ummi, Wardah dah dekat dengan rumah. Lagi 5 minit Wardah sampai. Ummi tunggu,ya? Sekejap saja lagi." aku mengambil jalan penyelesaian. aku tahu Ummi takkan mungkin menutur kata tika sedang menangis. Faham benar aku dengan sifat ratu hatiku itu. aku menamatkan panggilan,terpaksa berbuat demikian untuk terus memandu.

Tiba saja aku di hadapan rumah. aku tidak terus memarkirkan keretaku di halaman rumah sebaliknya aku terus berlari mendapatkan Ummi. Salam ku hulurkan, pintu ku ketuk namun Ummi masih membisu. Dadaku semakin berombak kencang. aku teringatkan kunci simpanan milikku di dalam tas tangan. Laju tanganku mancapai kunci itu dam membuka pintu rumahku itu. Mataku liar mencari Ummi di ruang tamu namun hampa. Langkah ku atur ke bahagian dapur namun tidak ku temu Ummi di situ. Hatiku terdetik untuk ke ruang telefon yang terletak di sudut tangga dan akhirnya. aku melihat Ummi terduduk di situ, dengan air matanya yang berjuraian. Ya Allah,dugaan apa yang Kau berikan pada Ummi ku?

"Ummi, Kenapa ni? Wardah di sini, Ummi...anakmu di sini."aku terus berlari memeluk Ummi. aku cuba mengangkatnya namun Ummi berdegil untuk terus di situ. Ummi,jangan lemah,Ummi...Ummi kekuatan Wardah...Lama Ummi memelukku. aku faham, Ummi memerlukan seseorang untuk menjadi bahunya menumpang tangis dan aku lah bahu nya itu. aku mengusap belakang Ummi penuh kasih. Ya Allah,kurniakanlah kekuatan pada Ummiku. Sungguh Kau sajalah tempat sebaiknya untuk hamba-hambaMu memohon sesuatu. Lama begitu, barulah Ummi berhenti. Dia memandang wajahku,merenung tepat ke dalam mataku. Dapat ku rasakan kesedihannya tika itu namun tidak ku tahu apa puncanya. Kami berbicara mata, dan dapat ku fahami yang Ummi menyuruhku untuk membaca warkah yang berada di sampingnya.
Warkah itu ku ambil, Ummi menggenggam erat tanganku tika aku menyusur satu persatu kandungan warkah itu.

Assalamualaikum
Bidadariku, Ainul Mardhiah.

Abang tahu Mar mungkin terkejut bila menerima warkah abang. Abang tahu Mar dah lama cuba cari abang. Di mana abang sekarang, biarlah hanya Allah dan abang yang tahu. Mar percayakan takdir Allah,kan? Abang tahu bidadari abang yang abang cintai ini akan selalu kuat menerima dugaan dan ujian dari Allah. Bukankah dulu Mar pernah berkata yang ujian itu tanda kasih Allah pada hambaNya?

Bidadari…

Sungguh, abang akui. Abang benar-benar cintakan Mar sepenuh hati abang. Bagi abang, Mar adalah bidadari, umpama nama Mar sendiri, Mar adalah bidadari yang menjadi idaman para syuhada’. Mar seharum kuntuman di taman syurga yang menanti hadirnya seorang lelaki untuk menjadi bukti cinta sejati. Dan abang tahu, jika abang kehilangan Mar, abanglah orang yang paling bodoh. Bodoh kerana tak pandai menilai intan yang berkilau yang sememangnya milik abang. Lelaki mana yang tidak bangga punya isteri sepertimu,Mar? Dan abanglah orang itu. Abanglah lelaki yang berjaya menyuntingmu dari laman mawar kedua ibu dan ayahmu. Pandai ibu dan abah menamakanmu sebagai Ainul Mardhiah. Sememangnya kau bidadari,sayang…

Isteriku…

Abang hanya harapkan Mar kuat dan terus kuat untuk mengharungi dugaan yang bakal mendatang. Abang tahu wanita yang abang pilih untuk menjadi ibu dan pendidik buat satu-satunya puteri abang ini adalah wanita yang kental,yang kuat dan yang tidak pernah mengalah pada ujian yang tiba. Wardatul Syauqah…puteri milik kita itu pasti benar-benar bergelar puteri kini. Jaga Wardah bagi pihak abang, Mar…abang tak berdaya untuk ketemu Wardah lagi kini. Abang malu. Malu pada Allah, malu pada Mar, malu pada ibu dan abah, malu pada Wardah…dan malu pada diri abang…

Maafkan abang,sayang…abang tak pandai berkata-kata. Abang bukanlah pujangga untuk mengukir sajak puisi indah untuk tatapan Mar. Abang hanyalah pengemis cinta yang hina yang tidak lagi mampu membahagiakan Mar. Abang benar-benar memohon maaf, Mar. Maafkan abang, ampunkan segala kesalahan abang. Halalkan makan minum abang ketika masih bersama Mar. Merdu suara Mar mendodoikan abang hingga terlena, lembut tangan Mar menghilangkan lenguh penat abang dulu, enak air tangan Mar menghidangkan santapan abang dulu, basah lidah Mar menenangkan abang tika abang gelisah dulu, takkan mungkin abang lupakan. Sungguh, Mar…Mar adalah isteri sebaik-baik isteri yang pernah abang temui. Namun Mar, abang harus akur. Benar kata Mar dulu, “Toiyibat untuk toiyibun dan toiyibun untuk toiyibat”…mungkin abang dah ketemu toiyibat yang abang impikan. Sayangnya, abang bukanlah toiyibun untukmu,sayang…maafkan abang…hinalah abang, caci makilah abang, abang tahu semuanya silap abang. Redhalah, sayang…ini takdir kita. Ini ketentuan yang ditetapkan buat kita.

Ainul Mardhiah binti Mohd Azizan,
Dengan ini, ana, Kharuddin bin Muhamad menjatuhkan talak satu ke atas dirimu.

Maafkan abang. Sebab musababnya, biarlah hanya Allah dan abang yang tahu.
Wallahua’lam bissawab.

Sampaikan salam abang pada mawar berduri kita dengan lafaz Assalamualaikum

Sekali lagi, ampunkan abang…

Insan hina,
khairuddin


Air mata yang ku tahan jatuh satu-persatu. Ya Allah, lelaki apa yang Kau takdirkan buat Ummi, Ya Allah? Kenapa baba? Baba kejam!!! Lelaki apa baba ini Ya Allah? Lelaki dayus apa yang telah Kau takdirkan untuk menjadi keluarga kami? Ya Allah…tabahkan hati kami,kuatkanlah semangat kami mengharung dugaanMu!!!


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

Ummi terjaga dulu dari aku pagi itu. Semalam kami tertidur dalam pelukan masing-masing setelah selesai solat Isya’ berjemaah. Benar, Ummi benar-benar kuat. Itulah kegagahan wanita bagiku, kegagahannya bila dia tabah menerima sebuah kehilangan. aku hanya bangun bila Ummi selesai mandi dan berwudhu’. Ah, tak sanggup aku lepaskan peluang untuk solat berjemaah bersama Ummi kali ini. aku bingkas menuju ke tandas dan berwudhu’. aku pasti Ummi menanti aku.

Amin…aku mengaminkan doa Ummi…sayu ku dengar rintihan hati Ummi kali ini. aku menyalami tangan Ummi, ku kucup tangannya penuh sayang dan dia mencium dahiku seperti biasa. aku memandang matanya, dapat ku kesan bengkak tangisannya yang tidak henti dari semalam. Belum sempat aku berkata-kata, Ummi dulu yang memulakan bicara,

“Wardah sayang, tak ada seorang muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lain-lainnya melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan sebagai mana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” Ummi mengusap lembut kepalaku. aku mengangguk, faham akan maksud kata-kata Ummi itu.

“Dan orang-orang mukmin itu jiwanya damai dan tak mudah tergoncang. Ujian Allah baginya fitrah, sebagai mehnah didikan terus daripadaNya sebagai tanda kasih sayang dan penghapus dosa.” Ummi menyambung lagi. aku memeluk Ummi dan Ummi membalas pelukanku itu. Lama kami begitu, ralit bersama perasaan masing-masing. Akhirnya, Ummi meleraikan pelukanku dan berkata,

“Ummi nak keluar hari ni. Nak pergi mahkamah syariah. Ummi nak failkan perceraian Ummi ni. Wardah nak ikut?” Dapat ku dengar riak tenang di balik kata-kata Ummi. aku cuba mencari kekuatan untuk berkata-kata. Rasanya aku masih tertampar dengan warkah yang aku baca semalam. Baba pengecut! Baba dayus!

“Wardah ikut Ummi.” Itu sahaja jawapanku. aku tidak mampu untuk terus berkata-kata kerana bimbang wajahku dihujani tangis lagi. Cukuplah. Lelaki memang tidak pernah tahu apa itu cinta.

Selesai menyiapkan diri. aku menunggu Ummi di dalam keretaku. Malas aku memandu kereta Ummi kerana aku kini lebih senang dengan kereta panduan auto. Lama juga aku menunggu barulah Ummi tiba. aku cuba mencari bias resah dan kecewa di wajah Ummi namun hampa. Ummi benar-benar tabah. aku sendiri tidak tahu bagaimana Ummi boleh menjadi setabah itu. Kenderaanku pandu cermat, tiba sahaja di mahkamah, Ummi tidak membenarkan aku mengikutnya ke dalam. Disuruhnya aku menunggu di dalam kereta. aku hanya bersetuju bila Ummi mengatakan peguamnya adalah muslimah, itu lebih selamat fikirku.

aku ralit memikirkan perihal Ummi dan Baba bila telefon tanganku bingit minta dijawab. Lagu “Demi Cinta Suci” memenuhi ruang dengarku tika itu. Pantas tangan aku mencapai telefon dan menerima panggilan itu tanpa melihat nombor di skrin terlebih dahulu.

Assalamualaikum.” Seperti biasa. aku memulakan bicara. Tiada sahutan. aku hanya menunggu malas.

“Alaikumussalam Wardah.” Suara itu, ya…suara yang telah hampir setengah tahun tidak ku dengari. aku diam, menanti kata-kata seterusnya dari pemanggil.

“Wardah sihat?” soalan itu ku biarkan bisu. Hati ini masih tidak dapat menerima hakikat yang dia menghubungiku. Tetapi untuk apa?

“Baba tahu Wardah marahkan Baba.” Akhirnya dia membahasakan dirinya ‘Baba’. Baba? Layakkah dia digelar bapaku?

“Mawar berduri…jangan diam,sayang.” Sayang? Siapa engkau untuk memanggilku sayang?

“Wardah…Baba di atas,bersama Ummi.” Oh, jadi kerana itu Ummi menegah aku dari mengikutnya. aku tahu mengapa,Ummi bimbang aku akan bertindak di luar batasan jika bertemu lelaki ini. Ya Allah, tinggikan tembok sabarku!

“Wardah…biar apa pun yang Wardah fikirkan tentang Baba, Baba cuma nak Wardah tahu bukan niat Baba untuk mengabaikan Wardah. Baba ada sebab tersendiri,sayang.” Dan aku juga punya sebabku sendiri untuk tidak menerimamu sebagai Baba!

“Wardah..” belum sempat lelaki itu meneruskan kata-katanya aku telah mematikan penggilan itu,sekaligus mematikan telefon tanganku. Ah, dia bukan ayahku! Dia bukan orang yang layak untuk aku panggil baba! Bukan. aku meletakkan kepala ku di stereng kereta. Masa dirasakan begitu lambat berlalu.Umi…cepatlah,Wardah dah tak sanggup berada di sini…

Baru saja aku ingin memejamkan mataku, cermin tingkap ku di ketuk. aku memandang gerangan yang mengetuk tingkap kereta ku itu. Dia mengisyaratkan agar aku menurunkan cermin dan aku akur. Bimbang juga andainya dia ingin meminta pertolonganku.

Assalamualaikum ukhti. Anti tak apa-apa ke?” suaranya menusuk hatiku sebaik sahaja aku menurunkan cermin itu. aku memandangnya. Tak tahu mengapa sejuk benar mataku memandang ciptaan Allah yang sempurna di hadapanku itu. Mungkin bimbang dengan kebisuanku, dia bertutur lagi,

“Ukhti, ana bukan nak kacau ukhti tapi ana bimbang jugak sebab ana tiba-tiba ternampak anti tertidur dalam kereta ni. Ana takut anti pengsan ke..apa ke..anti ok ke?” suara itu lagi yang menusuk terus ke dasar hati ku. Tuhan, bidadara kah yang Kau turunkan ini. aku terpinga, tidak tahu apa untuk dijawab. Dia masih sabar berdiri di sisi kenderaanku.

“Ah, ana tak apa-apa. Ana okay. Ana cuma kebosanan menunggu ummi ana dari dalam sana.” Akhirnya aku bersuara. Mendengarkan itu, dia tersenyum. Mujur aku telah biasa bertutur menggunakan kata ganti diri seperti itu. kebiasaan yang aku dapat ketika aku menuntut di sekolah menengah, dan semenjak aku mula aktif dalam gerakan islah.

“Aidil Azhiim. Ini kad ana. Ummi anti di dalam,ya? Mungkin bertemu janji dengan abi. Anti tak mahu masuk dulu? Kasihan pula pada anti menunggu di tengah panas ni.”

aku menyambut kad hulurannya. Tanpa melihat,aku letakkan kad itu di dalam tas tanganku.

“Syukran. Tapi ana rasa biarlah ana tunggu di sini. Lagipun, tak panas pun. Ana kan dalam kereta?” dia tersenyum lagi. Senyuman itu…Subhanallah..manisnya…

“Baiklah,ukhti. Ana masuk dulu ya? Semoga selamat. Assalamualaikum.” Dia terus berlalu sebaik melafazkan salamnya aku. aku menyambut salam itu dan terus menaikkan kembali cermin tingkap kereta ku. Wajah itu…tak mungkin akan aku lupakan!

BAB 2

Kad itu ku belek lagi untuk ke sekian kalinya. Aidil Azhiim..nama itu seindah wajahnya. Tuhan, apa di hatiku ini? Serentak itu pintu kamar ku diketuk. aku yakin itu ummi. Belum sempat aku menyuruh permaisuri hatiku itu masuk, dia telahpun membuka pintu itu.

Assalamualaikum sayang.” Umi tersenyum. Senyum ummi itu…ah, sukar diertikan maksudnya.

“Alaikumussalam,ratu hati. Ada apa Puan? Boleh saya bantu?” aku cuba bergurau. Ummi menyambutnya dengan senyuman.

“Wardah, Kenapa cakap macam tu dengan Baba semalam?” ummi melabuhkan punggungnya di sisiku. aku bingkas meletakkan kepalaku di ribanya. Jarang benar aku berpeluang bermanja dengan ummi begini. aku hanya membisu. Yakin ummi tahu akan jawapanku.

“Sayang…ummi tahu Wardah marahkan Baba, tapi itu bukan caranya,sayang…ummi tak ajar mawar berduri ummi buat macam tu. Malu ummi pada Tuan Saiful dan anaknya.”

Tuan Saiful. aku memandang wajah ummi dengan seribu soal.

“Tuan Saiful tu peguam yang uruskan kes ummi dan Baba. Baba mengeluh semalam depan dia, terus Tuan Saiful tanya. Kebetulan pulak anak teruna dia masuk waktu tu. Apa lagi, glamor lah anak ummi ni semalam dalam pejabat tu.” Ha. aku bingkas bangun dan mengadap ummi. Anak Tuan Saiful? Terus aku teringatkan kata-kata Aidil Azhiim tentang abi nya…mungkinkah…

“Anak Tuan Saiful…Aidil Azhiim…” ummi menambah, seolah-olah mengerti dengan isi hatiku. Ya Allah..malunya aku!

“Err…anak dia kata apa,ummi?” aku mencapai tangan ummi dan ummi tersenyum.

“Aidil cakap, dia terjumpa kamu di bawah. Katanya tak sangka mawar berduri ummi ni keras hati. Nampak macam lembut saja…” ummi tergelak kecil. Dapat aku rasakan wajahku panas ketika itu.

“Dahlah tu. Apa yang nak Wardah malukan dengan Aidil tu…dia faham apa yang terjadi. Hurm, kes ummi dan Baba dah selesai. Ummi bukan isteri Baba lagi tapi Wardah kena ingat, Wardah tetap anak Baba. Dan Baba masih Baba Wardah.” Ummi menyentuh wajahku. Baru aku ingin menjawab,

“Esok Baba datang ambil Wardah keluar makan. Ummi nak Wardah layan Baba baik-baik. Wardah kan anak solehah? Jangan kerana ummi hubungan Wardah dan Baba keruh. Ummi tak suka. Ummi dah biasa tanpa Baba. Tapi ummi tak nak nanti Baba cakap ummi tak pandai mendidik Wardah. Faham tak,sayang?”

“Tapi…”

“Tak ada tapi-tapi lagi,sayang. Wardah sayang ummi tak?” aku mengangguk,lemah…

“Kalau sayang, tolong…demi ummi, kerana Allah…boleh tak?” ummi pandai menggunakan senjatanya. Akhirnya aku mengangguk, tewas dengan pujukan ummi. Ya Allah, kuatkan hatiku, Tuhan…hanya padaMu tempat aku memohon sesuatu!


aku tak tahu mengapa ummi beria benar menyuruhku bersiap malam itu. selalunya ummi tidak begitu. Kata ummi, mungkin malam ini aku akan bertemu tetamu istimewa. Ummi…Kenapa buat Wardah macam ni? Ummi tahu Wardah tak nak pergi,kan? Ummi…

aku masih memandang wajah ummi kala Baba tiba dengan Waja nya. aku bermalasan untuk melangkah di pintu sehinggalah ummi menegur.

“Wardah, pergi cepat. Kasihan Baba menunggu tu. Tak baik biar tetamu menunggu,kan sayang?” Ummi menghulurkan tangannya, minta disalami. aku salam tangan itu, ku kucup penuh sayang. Ummi…aku masih cuba meraih simpatinya namun ummi seakan-akan membutakan matanya dari memberi simpati yang aku tagih itu. Dan aku akur. aku mengorak langkah menuju ke arah kereta Baba. Kereta yang telah setengah tahun tidak aku naiki!

Assalamualaikum mawar berduri.” Baba menghulurkan tangan tuanya, mengharapkan aku menyambutnya dan menyalaminya. aku memandang wajah itu. Ah, wajah Baba tidak dimamah waktu. Mungkin kerana itu ada wanita lain yang merampas tempat ummi. aku menyambut huluran itu, serentak menjawab salamnya dan duduk di sisi lelaki itu. Lelaki yang terlalu dicintai ummi satu ketika dulu. Ingin saja aku tanyakan Baba mengapa diperlakukan ummi begitu. Ingin saja aku hunus Baba dengan jutaan soalan dan pertanyaan agar dia kembali pada ummi. Tapi, berbaloikah?
“Wardah nak makan di mana,sayang?” Baba bersuara,memecahkan keheningan di atmosfera keretanya. aku tidak banyak bertutur malam itu.

“Ikut suka Baba lah. Wardah tak merancang apa-apa malam ni.” aku menjawab,sekadar mencukupi syarat. Lagipun, janji ku bersama ummi semalam untuk melayannya dengan baik masih kukuh dalam ingatanku.

“Baba bawak Wardah makan seafood,ya? Wardah mesti dah lama tak makan di Kelana Seafood,kan?” aku mengiyakan kata Baba walaupun hakikatnya baru minggu lepas aku membawa ummi makan malam di situ. Ya Allah. aku mohon padaMu,Tuhan…kuatkan benteng sabarku.

Akhirnya kami tiba di sana. Bukanlah jauh benar rumahku dari tempat makan itu. aku hanya mengikut langkah Baba mengambil tempat di satu sudut restoran itu. Seperti biasa, orang di situ tetap ramai. Tidak hairanlah, restoran itu memang terkenal hinggakan sahabatku di Melaka juga tahu akan kewujudannya.

Apa yang akan kami makan malam itu, ku serahkan sebulatnya pada Baba untuk memutuskan. aku, hanya akur dan mengangguk. Lagak Baba malam itu seperti tiada apa yang telah terjadi. Lelaki itu seolah-olah tidak langsung merasa sedih dengan perpisahan yang terjadi antara dia dan ummi. Wajahnya seolah-olah tidak langsung mencerminkan perasaan bersalahnya membuat keputusan yang sebegitu.

“Bukan Baba tak rasa bersalah, sayang.” Baba bersuara, membuatkan aku sedikit terkesima. Dia seperti mendengar suara hatiku. aku memandangnya.

“Baba tahu, Baba memang salah buat ummi macam tu. Tapi, tolonglah faham keadaan Baba. Baba terpaksa, Baba tiada pilihan lain.” Baba cuba meraih simpatiku. Ah, tak mungkin Wardah menyokong Baba! Ummi nyawa Wardah, ummi segalanya bagi Wardah. aku memberontak di dalam hati.

“Kalau Baba tak tinggalkan ummi, Wardah sanggup tengok ummi dimadukan?” Baba melontarkan soalan yang membuatkan aku tersenyum.

“Kenapa mesti bermadu, Baba? Baba tahu kan madu tu perkara manis yang amat pahit untuk seorang nisa’?” akhirnya aku bersuara. Baba masih berlagak tenang.

“Atas sebab itu Baba terpaksa meninggalkan ummi. Baba tak sanggup tengok ummi menelan madu yang pahit.”

“Dan untuk menggantikan madu yang pahit itu, Baba berikan ummi racun? What do you expect from her, Baba?” Baba diam, membalas soalan aku itu dengan keluhan. aku tahu Baba mati akal untuk menjawab soalanku.

“Wardah dah besar, Wardah berhak tahu apa yang terjadi. Jangan anggap Wardah masih kecil, Baba. Apa yang ummi rasa, Wardah turut rasa. Baba ingat senang ummi nak setabah itu? Dua tahun, Baba. 24 bulan Baba hilang. Belum cukup ke Baba seksa perasaan ummi? Sepanjang 24 bulan tu, ada Baba tanyakan khabar ummi? Tak, kan? Khabar Wardah apatah lagi. Entahkan Baba masih hidup atau tak, kami langsung tak tahu. Seingat Wardah, kali terakhir Baba telefon ummi, setengah tahun yang lepas. Tiba-tiba, Baba hantar surat, jatuhkan ummi talak satu. Lelaki apa Baba ni? Wardah bukan nak kurang ajar. Ummi tak pernah ajar Wardah macam ni. Tapi, Wardah tak sanggup nak tengok ummi menderita.” Perlahan-lahan, air mataku mula membasahi pipi. Baba hanya memandangku,kelu.

“Dalam tempoh tu, macam-macam benda yang terjadi kat keluarga kita, kat ummi. Macam-macam fitnah yang jiran-jiran taburkan di muka ummi. Ummi tak pandai jaga suami, ummi tak pandai jaga rumahtangga, suami ummi larikan diri, suami ummi tinggalkan ummi untuk perempuan lain, ummi isteri derhaka, ummi segala-galanya! Dan dalam tempoh itu ummi cukup kuat. Wardah nampak kekuatan ummi. Wardah nampak kegagahan ummi. Wardah tak pernah nampak ummi menangis, Wardah tak pernah nampak ummi merintih. Yang Wardah nampak setiap hari selama 24 bulan tu, hanyalah ummi yang sentiasa tersenyum. Ummi yang tidak pernah meninggalkan tasbihnya. Ummi yang tak pernah tertinggal satu pun kuliah agama di masjid. Mana Baba tika ummi memerlukan? Mana Baba saat ummi hampir terjatuh?” air mata yang ku tahan jatuh jua. Baba masih bisu memandangku. Biar, biar dia rasa bersalah. Biar dia menyesali tindakannya!

“Baba tahu ummi kuat, sebab tu Baba yakin apa yang Baba buat ni betul. Wardah, kadang-kadang kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Baba bukan sengaja nak korbankan ummi.”

“Dan untuk dapatkan kebahagiaan Baba, Baba korbankan hidup ummi?” Baba baru sahaja hendak membalas kata-kataku bila makanan yang kami pesan tiba. Serentak dengan itu, 2 lelaki menghampiri kami. Yang seorang itu. aku tidak pasti siapa tetapi di sebelahnya, adalah lelaki yang sering bermain di mataku sejak kali pertama aku memandangnya! Tuhan, janji apakah ini? Baba melambai, menggamit mereka untuk menyertai kami. aku memandang Baba dan akhirnya Baba bersuara,

“Baba yang ajak Tuan Saiful dan anaknya join kita.” Anaknya? Aidil Azhiim? Tuhan…
BAB 3

Langkah ku atur pantas, tak mahu aku bertembung dengan Fairuz hari ini. Cukuplah dugaan dan badai yang menghempas hatiku kebelakangan ini. Ya Allah, ku pohon dariMu perlindungan dari berputus asa pada nikmatMu!

“Wardah! Wardatul Syauqah!” nama ku jelas dilaungkan oleh siapa. aku tidak pasti. aku berpaling. Ya Allah, Kenapa dengan lelaki ini? Fairuz menghampiriku.

Assalamualaikum, Wardah.” Dia berdiri di hadapanku. aku tidak memandangnya. Dalam hatiku rancak berzikir, biar Zikrullah memadamkan api kemarahan yang menyala di hati ini.

“Wardah, saya nak minta maaf tentang hari tu. Saya tak bermaksud nak tengking awak tapi, awak pun tahu kan bila manusia dikuasai nafsu amarah, macam-macam benda boleh jadi. Saya harap awak dapat maafkan saya.” Fairuz cuba memujuk hatiku. Ya Allah…tabahkan aku.

“Wardah, saya tahu saya bersalah. Saya tak patut buat awak macam tu tapi saya kecewa sangat, Wardah. Awak tahu saya sayangkan awak. Awak tahu saya cintakan awak tapi awak tak bagi saya peluang langsung.” Sayang? Huh, tahukah kau kerana sayang itu hidup ummi tergadai?

“Wardah, sebab awak, saya dapat semangat baru untuk belajar. Saya dah banyak berubah sejak kenal awak. Saya teruskan pengajian saya pun kerana awak. Banyak perubahan pada diri saya sejak kenal awak. Tolonglah, Wardah. Saya harap awak sudi jadi teman hidup saya.” Ya Allah, mengapa ujian ini yang Kau berikan padaku? Astaghfirullahal’azim…tenangkan ombak yang deras berkocak di hatiku ini, Tuhan…

“MasyaAllah…Kenapa awak ni, Fairuz? Kenapa awak niatkan semuanya kerana saya? Awak tahu tak betapa bersalahnya saya pada Allah? Allah selayaknya menerima segala pujian tu. Tolonglah, Fairuz. Saya tak nak jadi penyebab pada fitnah seorang lelaki. Awak pun tahu kan fitnah terbesar untuk seorang lelaki adalah wanita? Betulkan niat awak, Fairuz. Saya tak layak terima cinta awak tu. Awak serahkanlah pada Allah, Dia selayaknya menerima cinta tu. Percaya pada takdir Allah, Fairuz. Percayalah toiyibun diciptakan untuk toiyibat dan toiyibat diciptakan untuk toiyibun.” aku terus beredar setelah menuturkan kata itu. aku tahu jika aku menunggu, masih banyak yang akan Fairuz bicarakan. aku sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengannya. Perasaan bersalah pada Allah menggunung di hatiku.

Astaghfirullah, ya Allah swt jauhilah diriku dari menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Ya Allah swt sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu kuatkanlah iman dan ketaqwaan kepadaMu dalam menempuh dugaan ini dan yang akan datang. Hijabkanlah diriku dengan perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Sesungguhnya aku memohon rahmat dan barakah dariMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.

“Wardah, tunggu!” ya Tuhan, apa lagi yang lelaki ini mahukan dari aku?

“Wardah, saya sedar, saya tak layak untuk bersama awak. Saya tahu saya bukan orang-orang yang baik untuk bersama awak. Saya tahu saya siapa. Tapi, siapa yang tak nak orang sebaik awak untuk jadi bakal isteri? Saya betul-betul dah jatuh cinta pada awak, Wardah. Bukan senang saya nak meluahkan perasaan saya ni. Tolonglah, Wardah.” Fairuz cuba meraih tanganku.

“Fairuz! Jangan sekali pun awak cuba untuk sentuh saya. Cinta? Atau nafsu yang bersarang di hati awak tu? Cukuplah, Fairuz. Erti cinta pun tak dapat awak berikan pada saya. Awak fikir saya ni apa? Sudah, Fairuz. Jangan berharap lagi pada saya. Tak mungkin saya akan terima cinta awak tu. Saya dah lambat, izinkan saya balik. Assalamualaikum.” aku melukis langkah pantas mendapatkan kereta ku.

Sampai di keretaku. aku terus menguncikan diriku. Biar aku mengasingkan diri sementara dari dunia ini. aku sudah penat melarikan diri dari Fairuz. Sejak semester pertama lagi, lelaki itu cuba meraih cintaku. Namun selama dia mencuba itu, sekali pun hati ini tidak pernah terbuka walau dipujuk rayu. aku serahkan segala-galanya pada Allah, pengarang novel hidupku ini. Setiap malam. aku pastikan Istikharah, solat sunat hajat dan taubat menjadi penutup pada hariku. aku yakin pada janji Allah. aku yakin pada aturan Allah yang cukup sempurna. Seandainya ditakdirkan aku tidak bersama mana-mana rijal hingga akhir hayatku. aku pasrah. Biarlah aku menjaga ummi hingga akhir nafasnya.

Ya Allah, seandainya hati ini yang ada pada diriku lalai dalam mengingatiMu maka gantikanlah hati ini dengan hati yang bercahaya yang sentiasa mendahulukan cintaMu ya Ilahi dari segala sesuatu..ya Allah kurniakanku dengan hati yang selalu mengingati nikmat-nikmatMu dan selalu mensyukurinya.


Telefon tanganku berbunyi minta dijawab. aku memerhatikan nombor yang tertera, milik Fairuz. Tuhan, mengapa lelaki ini tidak pernah berputus asa. aku hanya membiarkan telefonku senyap sendiri. Biar Fairuz tahu aku tak ingin menjawab panggilannya. Setelah 2 percubaan, dia berhenti. Namun, nada dering mesej pula yang berbunyi. aku membacanya,

AssalamualaikumWardah, maafkan saya. Walaupun awak masih tidak sudi menerima saya, saya akan tetap menunggu. Saya cintakan awak, Wardah. Sungguh! -Fairuz

Tunggulah, Fairuz. Tunggulah sehingga dirimu sendiri lelah dengan permainan yang kau mulakan. Pelangi itu untuk ditatap, Fairuz. Bukan untuk dimiliki…maafkan aku.

aku terus menghidupkan enjin kereta, Ummi pasti menunggu aku di rumah. Kereta ku pandu perlahan. Hati ini masih berombak deras, umpama gelora Tsunami yang menghempas pantai dan menghadiahkan bumi selautan bencana. aku gelisah, tidak tenang dalam menghadapi dugaan itu. Subhanallah, terasa begitu kerdilnya aku di sisiNya. Cubaan yang begitu kecil aku rasakan begitu besar. Rapuhnya imanku bila dicemari bisikan syaitan laknatullah. Astaghfirullahal’azim…

Akhirnya aku tiba di hadapan rumah. Ummi dapat ku lihat sedang menanti di halaman. Aduhai, gerangan apa pula permaisuri ku ini menunggu kepulanganku?

Assalamualaikum, ummi.” aku mendapatkan ummi dan menyalami tangan tuanya, tangan yang tidak pernah berputus asa dengan ujian dan cubaan Allah. Ummi, sesungguhnya ummi ratu hati Wardah yang menjalar di tiap urat nadi…

“Alaikumussalam. Mari, sayang. Temankan ummi minum kat luar.” Ummi menarik tanganku. aku hanya menurut. Seingat aku, jarang ummi berada di rumah pada masa begini. Biasanya dia sedang berada di masjid.

“Kenapa ni, ummi? Biasanya ummi di masjid,kan?” aku memulakan bicara.

“Hmm…hari ni Ustaz Syed tak dapat datang. Jadi, ummi buat keputusan nak duduk kat rumah saja. Lagipun, dah lama sangat ummi tak sembang dengan puteri ummi ni. Wardah tak suka ke?”

“Eh, ada pulak macam tu. Lagilah Wardah suka, ummi. Memang dah lama Wardah tak bermanja dengan ummi. Banyak yang Wardah nak ceritakan pada ummi.” aku menggenggam tangan ummi.

“Ummi tahu. Hari-hari ummi tengok kalau Wardah balik dari kuliah, mesti muka monyok. Kenapa, sayang? Ada apa-apa yang tak kena ke kat Unitar tu? Atau Wardah tak suka belajar kat sana?”

“Bukanlah, ummi. Wardah suka belajar kat sana. Ramai yang jadi kawan Wardah, study pun okay. Lecturer semua baik. Bukan sebab Unitar, ummi…tapi sebab seorang rijal tu…”

“Ummi tahu, dia minat kat anak ummi ni,kan? Tapi sayangnya hati anak ummi ni pada orang lain. Betul tak?” ummi memotong cakapku. Ah, sememangnya kau ibu yang memahami, ummi. Apa saja di hatiku walaupun aku rahsiakan tetap kau tahu.

“Hmm…gitulah ceritanya. Tapi yang ending tu salah sikit. Hati Wardah bukan dekat orang lain tapi hati Wardah memang tak terbuka untuk mana-mana rijal pun…”

“Termasuk Aidil Azhiim anak Tuan Saiful tu?” Err…nama itu? Apa pula kaitannya dengan ummi ku?

“Aidil Azhiim? Kenapa pulak ummi sebut nama dia?” dapat ku lihat senyuman sinis di bibir ummi. Ya Allah…tidak pernah hatiku berkocak begini deras.

“Baba telefon ummi tadi, ceritakan tentang makan malam hari tu.” Menantikan jawapanku namun aku masih bisu, ummi menyambung,

“Fatwa Saiyidina Umar lah.a :Orang yang bijaksana,tidaklah dia mahu mencari sahabat melainkan orang-orang yang panjang fikirannya,kuat agamanya, luas ilmunya, tinggi akhlaknya, lanjut akalnya, dan di waktu mudanya bergaul dengan orang-orang yang soleh. Barangsiapa yang melalaikan keteguhan percintaan dari sahabatnya, maka tidaklah dia akan merasai buah persaudaraan orang itu terhadapnya. Barangsiapa yang memutuskan persaudaraan sebab takut dikhiyanati, maka hiduplah dia dengan tidak bersaudara. Tidaklah ada kesenangan hati yang menyamai kesenangan bersahabat, dan tidaklah ada kedukaan yang melebihi kedukaan apabila putusnya persahabatan itu.” aku tersenyum, senang mendengar kata-kata ummi kerana aku tahu, tiap apa yang dikatakan ummi pasti disokong mana-mana dalil. aku gemar meluangkan masa bersama ummi begini, sekurang-kurangnya terisi ruang hatiku dan mengelakkan titik hitam dari bersarang di dalamnya. Teringat aku akan kata-kata Naqibahku ketika usrah di sekolah menengah dulu, “Sehari kita tidak mendengar tazkirah, akan terbit satu titik hitam di dalam hati”. Na’uzubillah…

“Wardah, ummi rasa Wardah faham kan apa yang ummi cakap tadi?” kata-kata ummi mengembalikan aku pada kenyataan. Tuhan, jauhnya aku mengembara mengenang kenangan bersama ahli usrahku dulu.

“Faham,ummi. Syukran ummi. Terisi jugak hati Wardah hari ni.” aku membalas, pendek. Ummi memegang tanganku lembut. aku membalasnya.

“Sayang, ummi tak kisah siapa pun pilihan Wardah. Yang penting, menantu ummi tu nanti yang akan mengimamkan solat Wardah, yang akan berkongsi tazkirah, yang akan mengingatkan Wardah tentang Islam, yang akan menjaga Wardah, dan yang paling penting, akan menjadi nakhoda pada kapal kehidupan Wardah. Faham, sayang?” aku mengangguk, lemah.

“Wardah faham,ummi. Memang itu yang Wardah impikan. Wardah impikan suami yang akan bersama-sama Wardah berjuang menegakkan agama, suami yang akan bersama-sama Wardah dalam berjihad. Wardah impikan untuk menjadi sayap kiri pada suami Wardah. Wardah nak jadi pendokong dan pendorong,ummi…bukan sekadar pengikut.”

“Alhamdulillah, sejuk hati ummi mendengar semua itu. InsyaAllah, sayang…doa ummi sentiasa bersama Wardah. Berdoa itu penting,sayang. Allah paling suka hambaNya merayu dan merintih. Sebab tu Allah selalu uji kita, selalu duga kita. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka kita sebenarnya kuat untuk menempuh segala ujian tu. Sebab tu Allah uji kita, Dia nak kita sedar, kita sebenarnya kuat.” aku memandang wajah ummi. Tidak sedikit pun wajah itu terganggu dengan ujian dan dugaan dari Allah. Ya Tuhan, Kau tabahkanlah hati ibuku. Kasihi dia sebagaimana dia mengasihiku ketika aku masih kecil, Tuhan.

“Eh, dah dekat Maghrib ni. Mari masuk, nak. Wardah bawa sekali cawan tu ke dalam. Ummi nak bersiap ke masjid ni. Wardah nak ikut ke?”

“Boleh jugak,ummi. Lagipun dah lama sangat Wardah tak ikut ummi ke masjid. Ummi tunggu Wardah, ya?”

“InsyaAllah. Cepat, sayang. Pergi mandi dulu. Wardah tak rehat pun hari ni.”

aku berlalu ke dapur. Ummi terus sahaja ke kamarnya dan menyiapkan diri. Mujur tiada tugasan yang perlu aku siapkan hari ini. Bolehlah aku mengikut ummi ke masjid malam ini. Tambahan pula, hari ini hari Khamis. Malam ini pasti ada ceramah sesudah Isya’. Beginilah hidup ummi sehari-hari semenjak Baba meninggalkannya. aku tidak pernah bimbang dan runsing akan keadaan ummi kerana aku tahu, dia benar-benar kuat. aku harap aku juga akan jadi sepertinya, kuat dan tabah! InsyaAllah…


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir, terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya
Allah rindu mendengar rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu…
*rahmat ujian-mestica


BAB 4

Ya Allah,jauhilah aku dari cinta panahan syaitan,berikanlah cintaku ini kepada seseorang yang sangat mencintaiMu...lapangkanlah hati ku ini dengan cintaMu yang sejati...sekiranya dia bukan Kau ciptakan buatku, maka Kau jauhkan lah dia dari pandanganku dan berikanlah aku kekuatan untuk terus bercinta denganMu…amin…

aku merenung skrin komputerku. Walau aku cuba untuk melupakannya namun tidak pernah sekali pun wajah itu hilang dari pandangan mataku. Ya Allah. aku tidak meminta begini…ampuniku,Tuhan…aku takut seandainya ini adalah cinta. Jika benar ini adalah cinta. aku tak ingin ia melalaikan aku dari mengingatiMu. Sungguh aku rasa bersalah bila begini, Tuhan…

Pintu bilikku diketuk. aku terjaga dari lamunanku. Ya Allah, hanyutkah aku dengan perasaan ku sendiri. aku bingkas bangun dan membuka pintu bilikku, ummi tersenyum memandangku.

“Anak ummi sibuk ke?”

“Tak,lah ummi. Wardah saja saja surf internet tadi. Check emel. kenapa, ummi?”

“Erm…ada orang datang,sayang. Turun temankan ummi boleh?” aku mengangguk,lemah. aku tahu diriku sendiri belum bersedia untuk berjumpa sesiapa dalam keadaan begini.

aku menuruti langkah ummi menuruni anak tangga. Sampai di ruang tamu. aku terpinga. Cuba menggapai tangan ummi namun ummi jauh di hadapan meninggalkan ku. Wajah itu tersenyum, dan sekali lagi senyuman itu menusuk terus ke dasar hatiku. Ya Allah…

Assalamualaikum Wardah.” Salam dihulurkan. aku membalas, lemah. Ummi meninggalkan kami untuk ke dapur menyediakan minuman.

“Err…dah lama sampai?” itu sahaja yang terkeluar dari mulutku. Untuk memandang wajahnya pun aku gentar, inikan pula untuk bertutur.

“Dah lama…ana singgah sini sekejap. Kebetulan ana lalu kawasan ni, abi yang suruh singgah. Katanya rumah Mak Cik Mar kat sini. Anti sihat?” Aidil Azhiim seolah mengerti yang aku kelu.

“Alhamdulillah. Anta?” aku cuba mengintai kelibat ummi. Ya Allah, lamanya ummi di dapur…

“Alhamdulillah aidhan, ana bil khair. Anti tengah busy ke tadi?”

“Tak lah. Ana tengah check emel tadi, lepas itu ummi suruh ana turun. Ada orang datang katanya. Tak tahu pulak…”

“Ana yang datang?” Aidil Azhiim menyambung kataku. Dia tersenyum. Ah, lelaki ini…apakah dia sengaja mahu mengujiku?

“Maaflah, Aidil. Ni saja yang ada kat rumah ni…” Alhamdulillah, akhirnya ummi tiba jua. Hampir kelu aku berhadapan lelaki ini. Ummi mengambil tempat di sisiku dan menghulurkan minuman pada Aidil. Aidil?

“Tak apalah, Mak Cik…ni pun kira rezeki. Kalau nak dibandingkan orang-orang di Palestin, jauh bezanya dengan kita.” Ah, pandai dia berkata-kata.

“Panggil ummi saja, Aidil. Lagipun tak salah kan kalau ummi ada anak lelaki…kan Wardah?” Ummi. aku hanya mengangguk, tidak sangka secepat itu ummi mula mesra dengan lelaki ini. Aidil Azhiim hanya tersenyum.

“Abi sihat, Aidil?” ummi bersuara lagi. aku di sisinya hanya diam memandang skrin televisyen yang kosong.

“Alhamdulillah, sihat seadanya. Ummi tak keluar ke mana-mana ke?” cepat benar perkataan ummi itu sebati meniti di bibirnya.

“Macam mana nak keluar, Aidil? Ummi bukannya reti nak drive kereta. Kalau Wardah terbukak hati nak bawak ummi keluar, dapatlah jugak ummi tengok dunia luar tu.” Ummi dan Aidil ketawa. aku hanya membisu, memekakkan telingaku dari melibatkan diri dengan mereka berdua. Janggal rasanya melihat ummi bermesra dengan orang asing. Mungkin kerana aku telah biasa menjadi anak tunggal selama ini.

Hampir 30 minit ummi bersama Aidil Azhiim, akhirnya lelaki itu meminta izin untuk mengundurkan diri. Katanya abi sedang menanti di pejabat untuk diambil. aku hanya menghantar kepulangannya dengan anak mataku, berlainan dengan ummi yang membontotinya hingga ke pagar rumah. Sesudah itu. aku mengemaskan gelas-gelas di meja dan terus sahaja ke bilikku. Sekali lagi aku termenung. Wajah itu…senyuman itu…suara itu…mengapa, YA Allah. aku bimbang andai ini adalah cinta. aku tahu aku belum bersedia untuk menghadapinya andai ini adalah cinta! Seketika itu, telefon tanganku berbunyi, memberi tanda ada pesanan ringkas yang tiba. aku membacanya,

“Cinta itu cahaya sanubari kurniaan Tuhan, fitrah insani. Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula…” take care,Mawar Berduri…biar iman di batanganmu terus memelihara kecantikan mu.InsyaAllah…

Mesej itu ku tatap lagi. Petikan dari lagu kegemaranku, ‘Kerana cinta’ nyanyian In-Team dan Mestica terus menjejaki lubuk hatiku. Mesej dari Aidil Azhiim…Kenapa dia seolah-olah faham akan gelodak hatiku yang bergelora?

Tanpa ku sedari, alunan zikir dari komputerku mengulitku sehingga terlena, dalam cuba mentafsir perasaan ku sendiri…

BAB 5

Hari ini berlalu seperti hari-hari yang biasa. Kuliahku berjalan normal, begitu juga dengan Fairuz. Sebelum aku pulang tadi, sempat dia berkata padaku yang dia rindukan bidadari syurga yang ditakdirkan untuknya. Sayangnya Fairuz. aku bukanlah bidadari syurga yang dijanjikan untukmu. Ummi juga seperti biasa, tetap dengan aktiviti yang mengikatnya pada cinta Illahi, cinta yang paling agung.

Cuma yang berbeza hari ini adalah ketibaan e-mel yang tidak pernah aku undang. E-mel yang tidak pernah aku nantikan kehadirannya. Ya Allahu Robbi, apakah yang telah Kau suratkan pada takdirku? E-mel itu aku tatap lagi, cuba mentafsir tiap bait kata yang terungkap…

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: Salam ukhwah fillah…

Salamun’alaik, mawar berduri…semoga sentiasa berada di dalam rahmatNya,insyaAllah. Ana harap kehadiran emel ini tidak menimbulkan syak wasangka di hati ukhti, kerana itu bukanlah niat ana. Terdetik di hati setelah ummi memberikan nombor telefon dan alamat emel anti untuk ana menghantar sesuatu. Mungkin bait bicara yang akan menitipkan sebuah persahabatan, atau mungkin sekadar sebuah bicara bisu yang akan mengingatkan ukhti tentang indahnya sebuah ikatan yang diikat Lillahitaala, insyaAllah. Namun bukan kehendak diri untuk meneruskan tindak tanduk tanpa panduan Illahi, subhanallah. Keberanian yang timbul di hati adalah berkat munajat dan istikharah yang ana persembahkan pada Al-Kholiq sebelum ini.(MasyaAllah, moga dijauhkan dari setitik pun noda riak di dalam hati ini)

Harapan Abi, impian ummi adalah sama. Walaupun mereka orang yang berbeza namun hasrat mereka adalah satu. Ana pasti anti memahami kata-kata ana. Tapi, apakan daya seorang nisa’, yang menyembunyikan rahsia agung kurniaan Illahi untuk memulakan segala sesuatu. Siapa lagi kalau bukan ana untuk memulakan setapak langkah pertama untuk meyakinkan hati ini bahawa mawar berduri yang pernah ana lihat itu adalah bakal suri hati ini. Sejak pertemuan pertama, diikuti pertemuan seterusnya, Abi semakin yakin yang anti adalah bakal suri hati ana. Jika naluri hati seorang ayah yang telah membesarkan anaknya selama 24 tahun ini berkata begitu, apa lagi anak yang tidak pernah mengharap sesuatu ini mampu berbicara?

Ukhti fil islam,
Katakanlah pada hati, bicarakanlah pada naluri, sabarlah. Andai tiba masa, ana akan hadir membawa khabar gembira buat anti. Maafkan ana. Ana tidak pandai bersimpang siur untuk menyatakan sesuatu. Dari kecil hingga sekarang, Abi hanya mengajar ana untuk berterus terang. Apa yang mampu ana katakan, bila tiba masanya, bila sampai waktunya dan bila tentu tikanya, ana akan hadir, menyunting mawar berduri yang sedang mekar di taman milik ummi untuk terus berbau harum di taman yang ana diami…
Jaga diri, ukhti. Jangan difikirkan keterlaluan perkara ini. Ana tak mahu ia menjadi asbab anti lalai dari mengingati Allah. Yakinlah pada takdir ketentuanNya kerana Dia adalah pengarang novel hidup kita yang Maha Mengetahui. Ingat Allah selalu. Salam ukhwah, ukhti habib. Assalamualaikum

Ya Allah…emel itu ku tatap lagi. Berbagai perasaan yang berkecamuk di hatiku. Gembirakah aku? Atau semakin tidak yakinkah aku? Namun pesanan terakhirnya menjadi peganganku. aku juga tidak mahu perkara ini menjadi asbab untuk aku lalai dari mengingati kekasihku yang Agung itu.

Pintu bilikku dikuak, ummi berdiri di sisinya. Ummi ku hampiri, cuba berkata sesuatu namun ratu hatiku seolah mengerti akan apa yang cuba aku sampaikan. Ummi terus memandangku, dan menghulurkan sekeping nota. Pemberian Aidil Azhiim katanya. Ya Tuhan, mengapa dia di mana-mana sahaja?

Nota itu aku renungi, hampir menitis air mataku membacanya. Peringatan yang diberikannya kali ini benar-benar membuatkan aku jatuh cinta pada ciptaan Allah yang sempurna ini. Subhanallah…inikah perasaan yang lahir dari setitik cinta yang Kau hadiahkan pada setiap ciptaanMu?

AssalamualaikumMawar Berduri, puteriku sayang…

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Di sebalik bersih wajahmu
Di sebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung, tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Illahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri…
Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
WAHAI PUTERIKU SAYANG KAU BUNGA TERPELIHARA
Mahligai syurga itulah tempatnya…

Ya Allah, tidak cukup dengan emel, nota pula yang dihadiahkan padaku. Kau peliharalah hati kami agar sentiasa merindukan kasih sayangMu, Tuhan…amin…

“Ummi…” aku capai tangan ummi. aku kucup tangan tua itu, lantas aku menggenggamnya erat.

“Ummi rasa apa yang Wardah rasa?” aku memandang wajah tenang milik ummi. Ummi mengangguk, lembut. Dia mengusap kepalaku.

“Sayang, mungkin dah sampai masanya.” Masa? Masa untuk apa, ummi. aku hanya merenung wajah yang amat aku sayang itu.

“Selama ni, Wardah selalu tanya ummi apa itu cinta. Macam mana ummi nak jawab sedangkan ummi sendiri tak tahu apa itu cinta. Perasaannya sukar ditafsir, payah diertikan. Tapi bila abi Aidil jumpa ummi, berbicara soal Wardah dan Aidil, ummi yakin Aidil dapat bagi erti cinta pada Wardah. Ummi takkan halang Wardah. Ummi yakin Wardah tahu apa yang terbaik untuk Wardah.” aku masih membisu, keliru apa yang perlu aku jawab.

“Sayang, ummi yakin Aidil dapat bahagiakan Wardah.” Selepas menuturkan ayat itu, ummi mengucup dahiku dan terus meninggalkan aku sendirian di kamar itu.

BAB 6

Segalanya berlaku dalam masa yang amat pantas. Berita pertunanganku dengan Aidil Azhiim sudah tersebar luas di kampusku. aku sendiri tidak pasti dari mana mereka mendapat cerita itu. Setahu aku. aku hanya mengkhabarkannya pada Hajar, teman rapatku di dalam kelas yang sama. Entah bagaimana, Khairiyah juga mendapat berita yang sama, begitu juga rakan-rakanku yang lain.

Alhamdulillah, telah hampir sebulan ikatan pertunangan antara aku dan Aidil Azhiim dilangsungkan. Dalam tempoh itu. aku amat bersyukur kerana ditemukan dengan insan sepertinya. Dalam peti masuk emelku penuh dengan tazkirah yang dikirimkannya padaku. Begitu juga dalam peti masuk mesej di telefon tanganku, penuh dengan mesej peringatan yang dia kirimkan setiap waktu. Hingga kini. aku masih tidak percaya akan statusku sebagai tunangan orang. Nyata Aidil Azhiim tidak bergurau bila dia katakan yang dia akan menyuntingku. Kini, kami hanya menanti masa dan ketika untuk disatukan. InsyaAllah dalam masa tiga bulan dari sekarang. Kata Abi, dia tidak mahu kami ditunangkan terlalu lama. Bimbang pelbagai cubaan dan dugaan yang bakal kami tempuhi akan menggugat hubungan kami.

Dan dalam tempoh itu, kami tidak pernah keluar bersama. Kalau dikatakan kami bertemu janji pun pasti Abi dan Ummi akan menyertai kami. Baba juga begitu, kadangkala bersama kami. Sejak berita pertunanganku disebar luas, Fairuz langsung tidak menggangguku lagi. aku sendiri ada ketikanya bila bertembung dengannya, akan menyapa kerana dia pasti akan cuba mengelakkan diri dari bertemu denganku.

Ah. aku berangan lagi. Tak ku sedar azan Asar telah berkumandang. Bingkas aku bangun menuju ke bilik air untuk berwudhu’. Masih jelas di ingatanku, ummi pernah berpesan untuk sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Ummi sering berkata, apa perasaan kita apabila kita memanggil seseorang namun dia berlengah-lengah untuk menyahut panggilan itu. Begitulah bandingannya dengan azan dan solat. Seruan untuk solat itu andainya dilengahkan, pasti mengundang kemurkaan Allah. Na’uzubillah. aku tak rela hidupku dimurkai kekasihku yang satu itu.





"Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang dicintaiNya dan mereka juga mencintai Tuhan; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.(Al-Maidah: 54-56)

Usai solat. aku merenung nota pemberian tunangku. Tafsir ayat dari surah Al-Maidah itu benar-benar menyentuh hatiku. Betapa agungnya kasih dan sayang Allah pada hambaNya yang benar-benar mencintaiNya dan berjuang di jalanNya. Subhanallah…terasa diri ini benar-benar kerdil di sisiNya. Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang hina dina ini…amin…

Telefonku berbunyi minta dijawab. aku melihat nombor yang tertera di skrin, 017-2048961. Rasanya belum pernah nombor ini menghubungiku. aku menjawabnya,

Assalamualaikum.” Salamku dibalas bisu. aku bersuara lagi,

“Cari siapa?” akhirnya soalanku berjawab,

“Wardah.” Suara itu…Fairuz!

“Wardah, saya nak jumpa awak. Tolonglah. Saya ada di depan kolej. Saya tunggu awak biar berapa lama pun awak mahu. Tolong, Wardah. Saya tunggu awak di hadapan pintu masuk kolej. Tolong datang, Wardah.” Panggilan itu tamat di situ. Tidak pernah aku mendengar suara Fairuz begitu. Seolah-olah dia sedang di dalam kesusahan. aku terus mencapai kunci keretaku. Ah, ummi pula tiada di rumah.

Ingin cepat. aku hanya meninggalkan nota ringkas di atas meja makan.

Assalamualaikumummi sayang, Wardah keluar ke kolej. Urgent. Ada panggilan dari kawan Wardah. Jangan bimbang, Wardah akan segera pulang. Sayang Ummi.
Sejurus itu. aku terus menuju ke kolej walaupun telah hampir senja. Perasaan bimbang dan ingin tahu menguasai perjalananku tika itu. Apa agaknya yang dihadapi Fairuz. Saat ini, tidak langsung terlintas di fikiranku akan keburukan yang mungkin terjadi. aku hanya bimbang seandainya Fairuz benar-benar di dalam kesukaran.

Setibanya aku di sana, Fairuz ku lihat sedang duduk sambil menutup mukanya. Ku gagahi langkahku menghampirinya.

Assalamualaikum Fairuz.” Salam ku hulurkan, dia masih tunduk, tidak memandang wajahku.

“Fairuz, awak ok tak?” soalan bertubi-tubi ku hulurkan kerana dia masih tunduk berdiam diri.

“Ya Allah, Fairuz. What’s wrong with you?” aku semakin hilang sabar.

“Kalau awak suruh saya datang sini untuk tengok awak diam macam ni, thank you so much, Fairuz. As if I don’t have anything to do!” sabarku hilang. Fairuz akhirnya mengangkat wajahnya memandangku. Matanya kemerahan, wajahnya juga begitu. aku kira dia menangis. Menangis? Tuhan…

“Wardah…” katanya yang sepatah itu diiringi azan Maghrib. Ya Allah, berdosanya hambaMu ini.

“Fairuz, dah Maghrib ni. Kita solat dulu, ya?” dia hanya mengangguk lesu.

Kami menuju saja pasaraya Giant yang berada tidak jauh dari kolej kami untuk menunaikan kewajipan kami itu. Ummi pasti sedang bimbang menanti kepulanganku. Tidak pernah aku pulang selewat ini.

Usai solat, Fairuz membawaku keluar kembali ke hadapan UNITAR. Katanya ada sesuatu yang amat penting untuk dibincangkan.

“Kenapa ni, Fairuz?” aku memulakan bicara. Ku lihat Fairuz sedang menghubungi seseorang menerusi telefon bimbitnya.

“Wardah, awak akan jadi milik saya malam ni.” Ayatnya itu menimbulkan rasa gerun di dalam diriku. Miliknya?

“Apa maksud awak ni, Fairuz?”

“Sudah, Wardah. Tak cukup lagi ke awak dera perasaan saya? Saya cintakan awak. Awak faham tak? Tapi awak terima pinangan lelaki tu Kenapa? Apa yang awak nak buktikan pada saya? Awak nak saya terhegeh-hegeh lagi ke?” Tuhan, kata-kata itu menusuk hingga ke kalbuku. Itu bukan niatku, Fairuz. Itu kehendak orang tua kami!

Sedetik itu. aku lihat rakan-rakan Fairuz menghampiri kami. Hatiku berdebar, seolah-olah ada sesuatu yang buruk akan terjadi. Ya Allah, apakah ini…bantulah hambaMu ini, Ya Allah. Lindungilah hambaMu ini!!! BAB 7

“Anak Puan selamat. Cuma mungkin yang tinggal hanya trauma. Lagipun, kami temuinya dalam keadaan yang…hurm, Puan jangan bimbang. Sekarang dia masih tak sedarkan diri. Mungkin dalam beberapa jam lagi dia akan kembali seperti biasa. Apa-apa pun, Puan, do not put her under pressure. She had gone through a lot.”

“Tapi Doktor, anak saya…dia…”

“Hmm…setelah kami jalankan pemeriksaan ke atas dia, kami dapati dia dicabul. Jangan bimbang, Puan. Kami telahpun menghubungi polis. Laporan akan dibuat nanti.”

Perbualan ummi dan doktor itu masih jelas terngiang-ngiang dalam ingatanku. aku tidak pengsan ketika itu. Ya Allah, Kenapa Fairuz sanggup melakukan aku begini? Seingat aku, selepas rakannya tiba, mereka menghentak kepalaku. Kepalaku…aku meraba kepalaku, Tuhan, berbalut! Dan selepas itu…aku langsung tidak dapat mengingati apa yang terjadi. Bila ku buka mata ini. aku hanya dapat mendengar perbualan ummi dan Tuan Doktor. Baru ku tahu apa yang telah terjadi. Sampai hati Fairuz. Kau hancurkan masa depanku! Ya Allah, tabahkan hatiku…ampunkan dosa-dosa hambaMu, Tuhan…

“Wardah…bangun sayang…jangan buat ummi macam ni…” suara ummi jelas di telingaku. Dapat ku dengar esakan ummi yang menyayat hatiku. aku pura-pura masih tidak sedarkan diri. Tak sanggup aku menghadapi wajah ummi.

“Sayang…kuatkan diri…ummi tahu Wardah kuat…Aidil pun ada sama ni,sayang…abi pun ada…Baba pun ada…bangun,sayang…” Aidil Azhiim? Ya Allah…tunangku itu…masihkah aku layak untuk menikahinya? Tuhan…berilah aku petunjukMu!

“Mar, mungkin Wardah masih lemah…” itu suara Baba. Dia juga di sini? Ya Tuhan…kotornya diri ini untuk berhadapan dengan mereka…jijiknya tubuh ini untuk berdepan mereka…

“Wardah…ana tahu anti dapat dengar suara ni. Bangunlah, Wardah. Kasihan Ummi…kami dah lama menanti…kuatkan diri, Wardah…ana tahu anti kuat…” ya Allah, suara itu…suara tenang itu…rindunya aku pada suara yang sering menenangkan aku itu…Aidil Azhiim…

aku membuka mataku, Ummi terus menggenggam erat tanganku. Dapat ku lihat dengan jelas wajah Aidil Azhiim yang tenang, seolah tiada apa yang terjadi…wajah Abi, wajah Baba…wajah ummi…ya Allah…gagahkanlah hatiku ini…air mataku mengalir, sederas gelodak rasa yang bercelaru di hati ini. Ummi juga begitu, sama-sama menangis bersamaku. Ummi, maafkan Wardah…

“Aidil…” Aidil Azhiim merapati katilku sejurus mendengar panggilanku. Ummi memandang wajahku, cuba mentafsir kata yang bakal aku luncurkan.

“Maafkan ana.” aku menyentuh cincin bertatah berlian di jari manisku dan cuba untuk melucutkannya. Serentak itu Aidil bersuara,

“Ana tak terfikir untuk putuskan pertunangan kita.” Tegas suara itu berbunyi bersama tekadnya. Aidil Azhiim serius memandangku. Cincin yang aku hulurkan tidak disambut.

“Ana bukan lagi mawar berduri yang harum, Aidil. Duri ana dah dicantas. Tolonglah…ana yakin masih ada mawar yang lebih harum untuk anta di luar sana.” aku masih lagi menghulurkan cincin pertunangan itu. Maafkan ana, Aidil…maafkan ana…

“Wardah…Kenapa ni,sayang?” ummi cuba memujuk.

“Wardah nak bersendiri. Tolong.” Air mata ku tidak tertahan lagi. aku menangis, meratapi nasibku sambil memerhatikan seorang demi seorang meninggalkan aku. Yang terakhir, ummi…ummi mengucup dahiku sebelum keluar. aku yakin ummi memahami tindakanku. Cincin di tanganku diambilnya. aku benar-benar tertekan…

Ya Allah. aku tahu dugaan ini sebagai tanda sayangnya Engkau kepadaku. aku tahu ujian ini sebagai tanda kasihnya Engkau kepada hambaMu…jangan pikulkan aku yang tidak aku terdaya, Tuhan…ampunkanlah dosa-dosaku…rahmatilah hidupku, Tuhan…ya Allah, permudahkanlah jalan yang terbentang di hadapanku…seandainya ini takdir hidupku, pasrahkanlah hatiku menerima suratanMu. Astaghfirullahal’azim…


BAB 8

“Abang…bangun, bang…subuh dah nak habis ni.” aku mengejutkan Fairuz, lelaki yang telah aku nikahi 6 bulan yang lalu.

Selepas peristiwa hitam itu. aku nekad memutuskan pertunanganku dengan Aidil Azhiim. Biarlah antara kami hanya tinggal sejarah. Sebulan selepas itu. aku dinikahkan dengan Fairuz. aku kira lelaki itu sahaja yang layak untuk memperisterikan aku selepas apa yang telah dilakukannya. Walaupun ummi membantah, namun untuk menjaga nama baik keluarga ku sendiri, ummi terpaksa akur. Baba juga begitu. Apatah lagi Aidil Azhiim. aku tahu payah baginya menerima hakikat ini namun mungkin ini yang terbaik untukku.

Fairuz liat di pembaringan. aku cuba mengejutkannya lagi. Perutku yang kian memboyot aku usap lembut. Anak ini tidak seharusnya menjadi mangsa. Dia langsung tidak berdosa. Walaupun dia adalah hasil perbuatan keji bapanya, tapi dia tetap tidak berdosa. Seawal usia 22 tahun. aku sedang menanti kelahiran anakku, biarpun tanpa kerelaanku. Pengajianku ditangguhkan. Mungkin jua aku akan terus berhenti untuk menjaga rumahtangga ku. aku tahu tindakanku bodoh. Biarlah…aku percaya selagi aku masih bekerja di jalanNya, Dia takkan membiarkan aku sendiri. InsyaAllah…

Fairuz masih kaku. aku geram melihatnya begitu. Setahu aku, tidak pernah aku melihat dia menunaikan kewajipannya yang satu itu semenjak pernikahan kami. Mengimamkan solatku apatah lagi. Ya Allah, berikanlah hidayahMu pada suamiku…

“Abang…dah dekat pukul 7 ni…” aku duduk di sisinya, masih cuba mengejutkannya.

“apa ni? Tak nampak ke orang tengah tidur? Penatlah!” Astaghfirullah… Fairuz membentak kerana dikejutkan. Dia menekup wajahnya dengan bantal. aku semakin geram.

“Abang, abang tak nak solat ke? Abang nak jadi apa ni?” aku bangun, cuba melangkah keluar dari bilik itu. Ketenangan bukan lagi jadi milikku sejak 6 bulan yang lalu. Bukannya senang nak ku lupakan sumpah seranah yang ditaburkannya sejak hari pertama kami dinikahkan. aku hairan, dia yang mencabul kehormatanku. Dia yang memusnahkan masa depanku supaya aku menjadi miliknya namun setelah dia berjaya. aku diabaikan. aku disia-siakannya. Berbual denganku pun tidak pernah, apatah lagi menyentuhku. Jijik benar aku pada pandangannya…sungguh aku tidak mengerti akan takdirku sendiri…

“Wardah…” panggilan ummi mengejutkan aku. Berhati-hati aku menuruni tiap anak tangga menuju ke arah ummi yang menanti di meja makan.

“Selamat pagi, mawar berduri…” ummi mengucup dahiku. Mawar berduri…lama aku tidak mendengar panggilan itu…

“Selamat pagi, ummi…” aku tersenyum melihat keceriaan ratu hatiku hari itu. Perutku ummi usap lembut. Sepatutnya Fairuz yang sering buat begitu tetapi hakikatnya, dia tidak pernah mengendahkan anaknya di dalam kandungan ini. aku mengeluh kecil…

“Kenapa ni, sayang? Tak elok orang mengandung selalu mengeluh. Nanti cucu ummi pun kuat mengeluh. Ummi tak nak cucu ummi macam tu. Senyum sikit, sayang…” ah, ummi sahajalah penghibur hatiku sejak dulu hingga kini. Air mata yang ku tahan sejak tadi mengalir jua membasahi pipiku. Ummi mengusapnya, perlahan.

“Sabar, sayang…ummi yakin Allah ada janji yang lebih baik untuk Wardah. Anak ummi kuat, kan?” aku mengangguk lemah. Sejak 6 bulan yang lepas, air mata ini tidak putus-putus mengalir. aku sendiri tidak tahu apa yang aku tangisi. Takdirku, atau nasibku.

Dan sejak 6 bulan yang lepas, Aidil Azhiim tidak pernah putus mengirimkan kata-kata semangat padaku sama ada melalui emel ataupun nota ringkas yang dikirimkan pada ummi. Dia tetap sama seperti ketika kami mula mengenali…Lelaki itu sering sahaja menenangkan aku ketika aku gundah. Lelaki itu sering sahaja menghilangkan gelisah yang bermain di hatiku. Malah kandungan ini pun sudah menjadi anak angkatnya, biarpun masih ada 4 bulan lagi sebelum dia keluar menjenguk dunia ini.

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: kuatkan semangat!!!

Assalamualaikummawar berduri…
Cak? Baby buat ana harap hari ini jua seperti hari-hari yang lalu. Semoga anti
Japa tu? sentiasa di dalam rahmatNya, insyaAllah. Kaifa haluki? Hurm, ana harap anti sihat. Sebab ana tak nak anak angkat ana yang masih dalam kembara menuju ke dunia ini turut tidak sihat kerana ibunya…na’uzubillahi min zalik. Boleh ana bahasakan diri ana ‘Abi’ pada anak itu nanti? Ana harap anti tak marah…okaylah, enough of that. Ni sebenarnya yang nak ana sampaikan pada anti…hayatinya, okay? Take care! Wassalamualaikum…

Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Emel itu aku simpan di dalam folder yang aku buat khas untuk emel-emel yang dikirimkan Aidil Azhiim. Dia tidak pernah jemu mengingatkan aku pada indahnya kasih sayang Allah. Syukurlah aku mempunyai sahabat sepertinya. Walaupun dulu sia agak kecewa dengan keputusanku, namun dia tabah menghadapi kenyataan. Dia tidak pernah mengungkit setelah itu, sebaliknya dia sering memberikan kata-kata semangat kepadaku. Sungguh, dia benar-benar sahabat ku yang paling memahami…

“Wardah!” panggilan itu mengejutkan aku. Fairuz ku lihat sedang menghampiri meja makan.

“aku lapar.” Sepatah sahaja ayatnya yang berbaur perintah dituturkan. aku akur akan arahan suamiku, biarlah aku menjadi seorang isteri yang taat walaupun pada Fairuz. Umpama Siti Asiah, biarpun suaminya adalah Firaun, dia tetap taat sebagai isteri.

aku hidangkannya dengan sarapan yang ummi sediakan. Ummi keluar setelah menikmati sarapannya sebentar tadi, mungkin ke pasar seperti biasa. Fairuz hanya membisu menghabiskan mi goreng di hadapannya. aku seperti tidak wujud di hadapannya. Usai makan, dia bingkas bangun melangkah keluar.

“Abang, nak ke mana?” aku membontotinya.

“Yang kau sibuk ni Kenapa? Suka hati akulah nak ke mana pun. Kau tu jangan menggatal kat rumah ni. aku tak nak kau contact bekas tunang kau tu. Entah-entah yang dalam perut kau tu pun benih dia!”

Tuhan, pedihnya ayatnya itu, terasa menusuk terus ke dalam hatiku. aku kelu, tidak membalas. Bimbang akan menimbulkan kemarahannya sekiranya aku menjawab. Abang, ini kan anakmu? Anak yang bakal lahir kerana perbuatan abang sendiri? Kenapa berat benar tuduhan yang abang jatuhkan pada Wardah? Apa salah Wardah, bang?

Fairuz terus keluar, menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi. aku terkesima, terduduk aku di sisi pintu rumahku. Tidak ku sangka Fairuz akan jadi begini. Kononnya dia mencintaiku, kononnya dia benar-benar memerlukan aku. aku masih ingat kata rayuannya ketika ingin memilikiku dulu. Pelajarannya juga ditangguhkan, katanya dia sudah malas mahu meneruskan pelajarannya. Kini, dia hanya bergantung makan di rumah ini, hasil titik peluh ummi. Ya Allah, terasa diri ini benar-benar terkurung, antara suami dan ibu sendiri. Di kanan ku ummi, dan kiri ku suami. Tuhan, berilah aku petunjuk dan hidayahMu… BAB 9

"Ya Allah. aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dengan kemaafanMu daripada siksaanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu sendiri.", Ya Allah, Ya Tuhan kami, perbaikilah untuk kami akan agama kami yang menjadi pegangan segala urusan kami. Perbaikilah dunia kami yang padanya tempat penghidupan kami. Perbaikilah akhirat kami sebagai tempat terakhir untuk kami. Jadikanlah hidup ini sebagai bekalan untuk kami pada semua kebajikan. Jadikanlah mati bagi kami yang sejahtera dari segala kejahatan." Amiin Ya Rabbal 'Alamin.....

aku mengaminkan doa ummi. Kami menunaikan Zuhur berjemaah hari itu. Fairuz sudah dua hari tidak pulang ke rumah, tidak pula aku tahu ke mana menghilangnya.

“Wardah.” Ummi memanggilku, menyedarkan aku dari lamunan.

“Ya, ummi.” aku mengambil tempat di sisi ummi.

“Wardah menyesal?” Tuhan, Kenapa soalan itu yang harus diajukan padaku?

“Kenapa ummi cakap macam tu?”

“Ummi tak pernah nampak Wardah bahagia sepanjang berumahtangga dengan Fairuz. Ummi minta maaf, sayang.” Ya Allah, Kenapa perlu ummi melafazkan maaf? Bukan salahmu, ratu hatiku…

“Ummi, mengahwini Fairuz keputusan Wardah. Ummi tak terlibat langsung dalam pilihan tu. Kenapa ummi nak minta maaf?”

“Kalaulah ummi ada di rumah hari tu, mesti semua ni takkan terjadi.” aku lihat mata redup itu mula bergenang air mata.

“Ummi, kalau Allah dah kata ‘Kun’, maka terjadilah…bukan salah ummi. Mungkin ini balasan akan dosa-dosa Wardah sebelum ni.” aku menutur bicara, mengharapkan ummi tenang kembali. aku sudah penat berendam air mata, menangisi takdirku. Adakalanya apa yang terjadi dalam hidup ini tidak seperti yang kita inginkan. Suratan yang adakalanya kebetulan itu yang menakutkan manusia untuk membuat pilihan dalam kehidupan. Air mata ummi aku kesat perlahan.

Ralit aku menenangkan ummi, telefon tanganku berbunyi. Ah, siapa lagi yang menghubungiku tika ini. aku menjawabnya tanpa nombor di skrin terlebih dahulu.

Assalamualaikum.” Tutur ku mulakan. Salamku disambut lembut. Aidil Azhiim…

“Alaikumussalam, Wardah. Kaifa haluki?” tenang suara itu, masih seperti dahulu.

“Alhamdulillah. Anta?”

“Alhamdulillah aidhan. Baby sihat?”

“Hurm, alhamdulillah. Dah semakin aktif anak angkat anta ni.” Tuhan, sepatutnya Fairuz lah yang menanyakan soalan ini padaku, bukan Aidil…

“Anti bahagia?” Ya Allah, mengapa soalan itu jua yang dipersoalkan?

“Akhi, bahagia atau tidak bukan jadi ukuran. Ana hanya nak anak ini berpeluang bertemu ayahnya sendiri.”

“Ukhti, bersabarlah. Ana faham apa yang anti lalui. Ummi sihat?” ummi merindui diri ana yang dulu, Aidil!

“Alhamdulillah. Abi?”

“Alhamdulillah jugak. Ukhti, ana ada sesuatu yang nak ana katakan pada anti.”

“Aidil, sudahlah. Ana sah menjadi isteri Fairuz. Dan ana bakal melahirkan anaknya nanti. Biarlah antara kita hanya tinggal kenangan. Ana pasti anta akan bertemu nisa’ yang lebih layak untuk bersama anta.”

“Ukhti, ana faham. Ana tahu bukan senang nak menerima semuanya. Ana menyesal melepaskan anti dulu.”

“Akhi, lupakah anta pada apa yang pernah anta katakana pada ana dulu? Adakalanya apa yang kita sangka baik untuk kita adalah buruk bagi kita. Begitu juga sebaliknya. Mungkin ana bukan tolibat yang baik untuk anta.”
“Bukan lupa, ukhti. Tapi ana rasa bersalah.”

“Bersalah? Tapi Kenapa?”

“Anti masih tunang ana ketika perkara itu terjadi. Sepatutnya ana jaga anti.”

“Akhi, selagi kita tidak sah diikat dengan ijab dan Kabul, ana bukan tanggungjawab anta. Ana masih tanggungjawab ummi. Sudahlah. Ana tak nak ingat lagi apa yang telah terjadi. Lagipun baby angkat anta ni dah tak sabar-sabar nak menjenguk dunia.” aku cuba mengubah topik perbualan. Cukuplah, Tuhan…tak perlu Kau menduga perasaan ini lagi. Cukuplah ummi sahaja yang disarang rasa bersalah. Mengapa lelaki sebaik Aidil Azhiim juga Kau sarangkan perasaan itu? Bukan salahnya, Ya Allah…bukan salah mereka…

Aidil tertawa mendengar kataku itu. aku tahu walaupun benih yang ku kandung ini bukan anaknya namun kasih yang disimpan olehnya kepada anakku ini melebihi kasih yang ada pada Fairiz sendiri. Ya Allah, Kau tabahkan hatiku, Tuhan…

“Wardah!” Ya Allah, tersentap jantungku mendengar namaku dijerit begitu. aku menoleh, Fairuz sudah tegak di belakangku.

“Kau cakap dengan siapa?” tinggi suara Fairuz di telingaku. aku terus menekan butang ‘end’, menamatkan perbualan aku dengan Aidil Azhiim tanpa bicara.

“Wardah bercakap dengan kawan Wardah.” aku cuba sesabar mungkin menjaga nada suaraku. aku marah. aku ingin benar meninggikan suara pada Fairuz namun mengenangkan dia adalah suamiku. aku berserah. aku tak mahu menjadi isteri yang derhaka. Hatiku rancak berzikir, menenangkan hatiku sendiri.

“Kawan atau jantan tu? Kau ni tak habis-habis lagi berhubungan dengan dia. aku dah cakap aku tak suka, maknanya aku tak suka! Murah sangat kau ni, Wardah!”

“Fairuz!” ya Allah, ummi…

“Ummi sendiri tak pernah cakap macam tu pada anak ummi. Apa hak Fairuz untuk kata Wardah macam tu? Kalau betul Wardah murah, Fairuz adalah penyebabnya!” aku memegang tangan ummi, cuba menghalang ummi dari terus memarahi suamiku itu.

“Ummi jangan cuba nak campur dalam urusan rumahtangga saya. Entah-entah ummi yang beria benar suruh Aidil tu contact isteri saya. Maklumlah, ummi kan nak sangat bermenantukan Aidil tu?”

Pang! Satu tamparan hinggap di wajah Fairuz. Bukan dari ummi tetapi dari ku sendiri. aku sudah tidak sanggup menahan perasaan ini. Ampunkan dosa hambaMu ini, ya Allah…ampunkan aku…

“Abang, kalau abang hina Wardah, Wardah tak kisah. Wardah tak pernah melawan bila abang maki Wardah macam-macam. Abang hina Wardah, abang sumpah seranah Wardah. Tapi kalau sampai tahap menghina ummi, Wardah takkan maafkan. Cukuplah apa yang abang dah buat pada keluarga ni. Abang belum puas ke?”

“Kau tampar aku, Wardah? Kau sedar tak aku siapa? Kau ingat tak aku ni taraf apa pada kau? Kalau bukan aku yang nak kahwin dengan kau, yang dalam perut kau tu takkan ada ayah!” Fairuz menggenggam tanganku. Tuhan, sakitnya…

“Fairuz. Sudahlah. Apa gunanya bergaduh macam ni? Apa gunanya kau buat macam ni? Dulu kau yang beriya benar nak mengahwini Wardah. Ummi bagi cara elok, Fairuz. Ummi harap sangat kau dapat jaga Wardah. Tapi kau hancurkan harapan ummi. Ummi tak kisah siapa pun yang jadi menantu ummi. Yang penting dia dapat bahagiakan Wardah. Tapi apa yang kau bagi pada dia? Lepaskan tangan dia, Fairuz! Jangan seksa anak ummi!”

“Kau nak aku lepaskan kau, Wardah. aku lepaskan tangan kau. Tapi jangan harap aku ceraikan kau! Biar kau terseksa, Wardah. aku gantung kau tak bertali!” serentak itu, Fairuz terus melangkah keluar dari rumah itu, meninggalkan aku dan ummi. aku terkesima, tidak mampu menelan kata-kata Fairuz itu tadi. Air mata yang ditahan sejak tadi menitis satu persatu. Tanganku mula membiru. Tapi aku tidak sakit kerana itu. aku sakit kerana kata-kata Fairuz tadi!

“Abang…” namun Fairuz sekali lagi telah lenyap dari pandangan mata… BAB 10

13 Oktober 2004

AssalamualaikumAnis Maisarah,
Selamat menjenguk dunia!
-Abi-


aku merenung kad pemberian Aidil Azhiim itu. Air mataku mengalir lagi. Anis Maisarah selamat dilahirkan ke dunia yang fana ini, biarpun tanpa ayahnya di sisi. Fairuz benar-benar mengotakan katanya. aku dibiarkan bergantung tak bertali. Sekali pun dia tidak pernah menjengukku sejak kali terakhir dia melafazkan kata-kata itu. Lelaki itu terlalu dayus! Egonya mengalahkan tembok sekukuh besi dan konkrit.

Ah, apalah gunanya aku mengingati lelaki yang gagal menjadi suamiku itu. Ya Allah, Kau kurniakanlah apa yang terbaik buat diriku dan keluargaku.

Tangisan Anis Maisarah mengejutkan ku dari lamunan. aku cuba bangun mendapatkannya. Pasti dia kelaparan. Dalam kepayahan cuba mendapatkan Anis Maisarah, ummi tiba-tiba hadir.

“Ya Allah, Wardah. Kenapa tak panggil ummi?” ummi tangkas mengambil Anis Maisarah dari katilnya dan diserahkan padaku. Selimut yang menutupi tubuhku ummi turunkan sedikit agar mudah aku memegang puteriku itu. Tuhan, indahnya perasaan menatap seraut wajah yang menenangkan ini. Barangkali inilah perasaan ummi ketika melahirkan aku dulu. Subhanallah…sempurna sungguh ciptaanMu yang Kau kurniakan padaku ini…

“Wardah tak nak menyusahkan ummi. Dah banyak Wardah susahkan ummi.” aku menyusukan anakku. Lapar benar puteri kecilku ini.

Ummi mengusap dahiku.

“Tak ada susahnya, sayang. Wardah dah lahirkan cucu ummi. Comel pulak tu. Terima kasih, sayang.” Ya Allah, sepatutnya Fairuz yang mengucapkan terima kasih padaku. Abang…abang di mana?

Sekelumit rasa rindu singgah di hatiku. Melihatkan Anis Maisarah yang hampir seiras bapanya, menambahkan rasa hiba. Sekalipun aku tahu, rasa cinta pada Fairuz tidak pernah hadir namun kerana dia adalah suamiku yang sah pada syara’, yang telah diijab kabulkan padaku. aku cuba melahirkan rasa sayang padanya sekalipun bukan cinta. Anis Maisarah merengek minta dibelai. Ya Allah, betapa agungnya kuasaMu. rasa marahku pada Fairuz pudar serta merta melihatkan Anis Maisarah. Abang, tidak inginkah abang melihat anak abang ini? Wajahnya mirip abang, mulutnya, matanya…melihatkan dia mengingatkan Wardah pada abang…

Bukan aku tidak pernah cuba mencari Fairuz. Puas aku cuba menjejakinya. Puas aku cuba menghubunginya. Apabila aku bertanya pada ibu dan bapanya, kata mereka dia bukan lagi anaknya sejak melakukan perkara keji itu. Mereka malu untuk mengakunya sebagai anak. Untuk bertanya pada rakan-rakannya. aku tidak pernah mengenali mereka.

Anis Maisarah merengek lagi dengan tangisan manjanya. Sabar, sayang…umi tahu Anis rindukan abah…

Assalamualaikum Wardah.” aku berpaling pada suara itu. Aidil Azhiim bersama abi. aku tersenyum, mengenangkan betapa Aidil dan abi banyak berjasa pada keluargaku.

Sewaktu aku sedang sakit ingin melahirkan Anis Maisarah, ummi hilang punca. Ingin menghubungi Baba, ummi bimbang mengganggunya yang sedang bersama isteri. Ingin menghubungi Fairuz, puas ummi mencuba namun tidak membuahkan hasil. Ingin memandu sendiri, ummi tidak pernah tahu untuk memandu. Akhirnya, ummi terpaksa menghubungi Aidil Azhiim dan abi untuk menghantar aku ke hospital. Dan terjadilah sketsa yang membuai aku dalam mimpi yang tiada penghujung. Aidil Azhiim terpaksa memegang watak Fairuz sepanjang tempoh aku di bilik bersalin. Doktor yang bertanggungjawab menyambut kelahiran Anis Maisarah menyangkakan Aidil Azhiim adalah suamiku. Dan akhirnya, Aidil Azhiim lah yang melaungkan azan di telinga puteriku.

“Alaikumussalam.” Aidil Azhiim dan abi terus merapatiku. Wajah mulus Anis Maisarah disentuhnya. Anakku itu seolah-olah mengenali siapa yang menyentuhnya. Tindak balasnya pada sentuhan itu menyenangkan hatiku. Antara Aidil Azhiim dan Anis Maisarah, seolah-olah ada tali yang mengikat mereka. Abi tersenyum memandangku.

“Wardah dah sihat?” abi memulakan bicara, melihatkan kami berdua seolah kaku di tengah pelusuk kesunyian.

“Alhamdulillah, abi. InsyaAllah kalau tak ada aral, esok dapatlah Wardah balik rumah.” Singkat jawapanku, sesingkat akalku yang tak mampu mengatur kata melihat kemesraan Anis Maisarah dan Aidil Azhiim. Sekejap sahaja, anakku itu sudah bertukar tangan. Dia dipangku Aidil Azhiim. Ya Allah, barangkali inilah pemandangan yang dapat aku lihat seandainya Fairuz di sisiku.

“Anis Maisarah dengar tak? Esok InsyaAllah dapat balik rumah. Boleh pergi rumah abi…” Aidil Azhiim berbahasa dengan anakku. Bahagia terpancar jelas di wajahnya biarpun Anis Maisarah bukan anaknya.

Tok tok tok.

Kami berpaling pada pintu yang diketuk serentak. Apabila ia dikuak, muncul seorang wanita yang tidak pernah ku lihat sebelum ini. aku cuba mengingati, mungkinkah salah seorang dari ahli usrah ku ketika di sekolah menengah dulu namun hampa. Wajah itu langsung tidak pernah aku lihat sebelum ini.

Assalamualaikum.” Wajah itu menghulur tangan, bersalam denganku. aku menyambutnya dengan sebuah senyuman. Aidil Azhiim yang masih memangku Anis Maisarah kelihatan bingung. Mungkin masih cuba meneka siapa gerangan wanita itu.

“Alaikumussalam.” Balasku, lembut. Wanita itu mengambil tempat di sisiku setelah menyalami ummi. Dia seolah-olah begitu mengenali aku.

“Wardah?” aku mengangguk, lemah. Nama ku laju meluncur dari bibirnya.

“Err...saudari siapa?” serba salah aku menuturkan kata-kata itu. Wajahnya masih bersalut riak tenang.

“Saya isteri kedua Fairuz.” BAB 11

Fairuz kejam!
Fairuz dayus!
Fairuz…

Sampai hati abang…Kenapa abang buat Wardah macam ni? Dua bulan abang abaikan Wardah, dua bulan abang menyepi. Hujungnya abang hadiahkan Wardah madu yang berupa racun!

“Ukhti…” Aidil Azhiim cuba menenangkan aku.

“Ana tak nak dengar apa-apa lagi. Cukuplah apa yang ana lalui selama ni. Baba menghukum ummi tanpa sebab, Fairuz mendera ana tanpa alasan. Sekarang anta nak apa?” ya Allah, mengapa Kau hujani aku dengan taufan dugaan begini. Aku sesekali tidak menyalahkan takdirMu, Tuhan, tetapi apakah nasib anakku kelak? Apa yang akan aku dapat dari semua ini, Ya Allah?

“Ukhti, sesungguhnya Allah telah memberi dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Ah, Aidil Azhiim…mengapa sering saja kau mengerti apa yang aku rasakan? Damai kata-kata itu menghembus ribut resahku. Aku memandang wajah yang tenang miliknya itu. Langsung tiada gelodak celaru terlakar di wajah itu.

“Akhi, ana rasa lemah sangat…” aku menangis lagi untuk ke sekian kalinya. Apa yang Fairuz lakukan kali ini benar-benar menguji imanku. Sekiranya dijatuhkan talak ke atas aku sekalipun. Aku tidak akan resah begini. Ini tidak, dia balasi kebahagiaan aku dengan madu yang amat pedih. Tuhan…

“Wardah, demi Anis Maisarah, kuatkan diri anti. Ingatlah Wardah, Allah takkan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Anti cuba melawan takdir Allah ke?” kata-kata Aidil Azhiim bagai membakar semangatku. Aku cuba mengesat air mataku bila ummi tiba-tiba mendekatiku.

“Puteri ummi sayang, jangan lemah macam ni. Ummi tahu Wardah kuat.” Ummi memelukku, lembut. Terasa aura kasih tuanya menjalar di tiap urat nadiku.

“Tapi Wardah tak sekuat itu untuk dimadukan!” aku membentak tiba-tiba. Ummi dan Aidil Azhiim terkejut melihatkan aku.

Mungkin terkejut mendengar jeritanku itu, Anis Maisarah yang sedang terlena terjaga dan menangis. Aku hanya memandangnya lemah. Langsung tiada kekuatan untuk aku membelai anakku yang seorang itu seperti biasa. Terasa seolah-olah baru semalam dia dilahirkan. Terasa seolah-olah baru semalam segala-galanya terjadi. Ummi bergegas mendapatkan cucu tunggalnya itu. Sedaya yang mungkin, dia cuba menenangkan Anis Maisarah dan memujuknya. Aku hanya memandang, bisu. Aidil Azhiim mengeluh memandangku. Tuhan, pertama kali ciptaan Mu itu aku lihat seolah berputus asa dengan ku…ya Allah…

“Ana tak sangka anti selemah ini. Ana kecewa!” dengan ayatnya yang terakhir itu, dia melangkah keluar meninggalkan aku bersama ummi dan Anis Maisarah yang masih belum henti tangisannya. Aku terpaku, tidak menyangka Aidil Azhiim setegas itu sedangkan sebelum ini dia tidak pernah berputus asa untuk menguatkan aku. Aku memandang ummi dengan pandangan yang kosong. Ummi turut terpaku, barangkali masih cuba menafsir riak tindakan Aidil Azhiim sebentar tadi.

Dan tika itu, telefon tanganku berbunyi meminta aku untuk membaca mesej yang baru tiba.

“Jika mereka berpaling dari keimanan, maka katakanlah, ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung’.”-At-Taubah,129. Ana nak anti kuat seperti dulu! –Abi Maisarah-

Air mataku menitis lagi. Ya Allah…

Dan dengan tidak semena-mena, perbualan antara aku dengan wanita yang mengakui dirinya sebagai isteri kedua Fairuz kembali menerjah ruang ingatanku…

“Apa maksud awak dengan mengatakan awak isteri kedua Fairuz?” aku memandang wajahnya yang putih bersih itu. Dalam kecelaruan aku cuba mengawal amarahku.

“Fairuz dan saya bernikah di Thailand sebulan yang lepas, waktu akak dan dia bergaduh.” Sebulan? Ya Allah…abang, Kenapa buat Wardah macam ni? Air mata ku jatuh tiba-tiba.

“Akak, saya bukan datang untuk menyakitkan hati akak. Semalam saya pegang handphone Fairuz. Kebetulan ada mesej yang sampai, saya baca dan mesej itu pulak mengatakan akak berada di hospital ni, dan baru melahirkan anak Fairuz. Saya cuma nak minta hak saya sebagai isteri kedua Fairuz.” Hak. Aku memandangnya lagi. Air mata yang rancak mengalir ku kesat perlahan.

“Hak apa yang awak maksudkan?” tenang aku cuba mengawal emosi. Aidil Azhiim menghampiri kami bersama Anis Maisarah. Ummi juga begitu bersama Abi.

Wanita itu diam seketika. Lama kami menunggu, akhirnya dia bersuara,

“Fairuz pernah berjanji pada saya untuk menceraikan akak jika saya setuju bernikah dengannya. Tapi sampai sekarang dia masih belum menunaikan janjinya.” Tuhan, terasa seolah-olah ada beban yang amat berat jatuh di pundakku. Aku terdiam, tidak tahu apa lagi yang harus aku katakan. Cerai? Sesudah memberi aku madu, dia ingin menghadiahkan aku talak? Ya Allah…

“Err…maaf ana mengganggu. Macam mana dengan Fairuz? Awak pasti dia nak ceraikan Wardah?” Aidil Azhiim tiba-tiba bersuara. Ummi memelukku erat, cuba memberi aura kekuatannya kepadaku.

“Mengikut janjinya begitulah. Akak, tolonglah…saya dibuang keluarga kerana Fairuz. Kami bernikah bukan atas dasar cinta tapi sebab maruah saya yang pernah tercemar kerananya.” Masya Allah…apa yang cuba abang lakukan ni? Kenapa perlu abang meragut kesucian wanita lain? Ya Allah…

Kami sama-sama memandang wanita itu. Dia tunduk, air matanya dapat ku lihat perlahan-perlahan menghujani pipinya. Aku faham perasaannya, kerana aku jua begitu. Fairuz juga menikahi ku kerana pernah meragut kesucian yang selama ini aku pertahankan. Tapi Kenapa perlu dia ulangi kesilapannya itu?

“Maaf, tapi boleh saya tahu nama kamu?” aku bersuara, memecahkan keheningan yang ada di bilik itu. Wanita itu akhirnya mengangkat kepalanya memandangku.

“Habsyah.” Pendek jawapannya.

“Macam mana kamu kenal suami saya?”

“Kita sama-sama belajar di kolej yang sama, kak. Cuma saya ambil course lain dan saya adalah junior akak. Saya tahu akak dah berkahwin dengannya. Saya mula rapat dengannya sebelum akak dan dia berkahwin. Mulanya saya hanya anggap dia sebagai abang. Hari itu tak tahu Kenapa dia menghubungi saya setelah lama mendiamkan diri dan ajak saya berjumpa. Saya tak nak tapi dia rayu dengan mengatakan dia sedang dalam masalah. Katanya akak dan dia sedang bergaduh. Saya setuju, tapi selepas itu dia bawa saya ke rumah yang kosong dan…” dia berhenti di situ. Aku beristighfar di dalam hati. Ya Allah, suamiku rupanya binatang!

“Akak faham, Habsyah. Kamu betul-betul nak akak dan dia bercerai?” aku cuba merasionalkan fikiranku. Ya Allah, kuatkanlah hatiku…

Habsyah memandangku. Dari matanya yang berkaca itu. Aku tahu dia benar-benar inginkan perceraian antara aku dan Fairuz. Aku mengambil Anis Maisarah dari tangan Aidil Azhiim. Ummi hanya membisu, membiarkan aku mengawal keadaan ini sendiri. Jangan rebah tersungkur, umi! Tabahkan hati menempuh semua ini! Mata Anis Maisarah berbicara. Aku mengucup dahi anakku penuh sayang. Ya Allah, agung sungguh kuasaMu…aku pasrah, ya Allah…aku redha…

“Kamu nak anak yang akak pegang ni tak ada ayah?” soalan perangkap yang aku jeratkan padanya. Habsyah tunduk kembali.

“Akak, saya tahu saya pentingkan diri saya bila minta akak bercerai dengan abang Fairuz. Tapi sekurang-kurangnya akak masih ada anak tu. Dan orang-orang dalam bilik ni. Saya dah tak ada sesiapa, kak. Mak dan ayah saya terus buang saya lepas mereka tahu perkara sebenar. Dan saya tak boleh melahirkan anak…” suara itu berhenti lagi. Kali ini esakannya pula yang ku dengar. Wajah Anis Maisarah yang sedang terlena aku tatap penuh kasih. Iras Fairuz yang ada pada wajahnya mengingatkan aku padanya.

“Habsyah, baliklah dulu. Nanti akak akan hubungi kamu. Tinggalkan nombor telefon kamu pada handphone akak.” Aku menyerahkan telefonku padanya. Habsyah menyambutnya dan akur pada arahanku. Sesudah bersalam denganku dan ummi, dia terus meninggalkan kami.

Air mataku mengalir lagi. Ummi, Abi dan Aidil Azhiim hanya diam memandangku.

………………………………………………………………………………………………………………

Aku kembali ke alam yang nyata. Tangisan Anis Maisarah telah hilang. Ummi hanya duduk di satu sudut memangku Anis Maisarah dan memandangku. Aku membalas pandangan itu, cuba tersenyum namun aku air mata ini mengalir lagi. Ummi tunduk, mungkin dia memahami keadaanku. Ummi, pada siapa Wardah harus mengadu selainNya? Haruskah Wardah menyusahkan ummi lagi selepas ini? Maafkan Wardah, ummi…maafkan Wardah…

Bila mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan, beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan, dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan, ada yang dapat ku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan, dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku takku tepati
Tuhan, rahmat-Mu melangit luas
Lalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Moga kan terampunlah dosa-dosaku

Biarpun ujian melanda
Kutetap berkasih pada-Mu
Kerna ku yakin kasih-Mu kekal tiada sudahnya
*Epilog Silam-Haikal*


BAB 12
Setahun berlalu…

Alhamdulillah, urusan perceraian antara aku dengan Fairuz telahpun selesai. Walaupun memakan masa selama enam bulan. Aku lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan orang lain yang masih tertangguh kes nya di mahkamah syariah. Atas pertolongan Abi. Aku akhirnya terpaksa Fairuz lepaskan walaupun tanpa relanya. Bukan mudah untuk kami menjejaki Fairuz yang pandai menyembunyikan diri. Kami terpaksa menggunakan Habsyah sebagai umpan. Akhirnya, Fairuz terjerat dan terpaksa berdepan dengan kami. Talak satu aku perolehi, hadiah dari Fairuz atas kesetiaan yang aku pertahankan selama ini.

Benarlah, Fairuz mencintai Habsyah. Walaupun Habsyah mengatakan mereka bernikah kerana terpaksa namun akhirnya dia mengakui yang mereka bernikah atas dasar kerelaan. Habsyah menggunakan helah itu supaya aku rela dilepaskan Fairuz. Dia tahu Fairuz juga menyayangiku. Sayang? Erti sayang yang pernah aku tanyakan pada Fairuz dulu masih dibiarkan bisu. Biarlah, biar aku meniti dewasa dengan keperitan seperti ini. Semoga aku akan lebih kuat dan gagah mengharungi sebuah kehidupan.

“Umi…” suara itu mengejutkan aku. Aku berpaling. Anis Maisarah yang didukung ummi memanggilku. Aku tersenyum memandang wajah cilik itu, yang sering memutar ingatanku pada Fairuz. Aku menyambut tangannya yang dihulurkan padaku dan meribanya. Ummi duduk di sebelahku.

“Wardah dah makan?” ummi bertanya, sambil membetulkan selendangku yang hampir jatuh ditiup angin.

Tangan tua ini begitu banyak berjasa padaku. Sewaktu aku masih lelah turun naik tangga mahkamah syariah, dia lah yang banyak berkorban masa dan tenaga menjaga Anis Maisarah untukk. Sewaktu aku lemah dan hampir jatuh tersungkur kerana Fairuz, dialah yang banyak menghembuskan kekuatan dan cuba menggagahkan aku. Aidil Azhiim juga begitu. Dialah yang sering menemaniku untuk ke mana-mana sahaja. Hatta ke pasar raya untuk membelikan Anis Maisarah setin susu. Namun aku tahu, antara kami tiada tali yang mengikat. Dia masih orang asing dalam hidupku. Dia masih lelaki ajnabi yang haram berduaan denganku. Dan dia juga adalah abi pada Anis Maisarah. Ah, anak aku manja bersama lelaki ini.

Pernah suatu hari Anis Maisarah enggan tidur sehinggalah Aidil Azhiim yang mendodoikannya. Sudahnya, Aidil Azhiim terpaksa bermalam di rumahku kerana Anis Maisarah. Pernah juga ummi bertanyakan keinginanku untuk menerima Aidil Azhiim sebagai suamiku namun aku hanya membalas soalan itu dengan sebuah senyuman. Cukuplah, ummi…Wardah bukan lagi mawar berduri yang harum di taman yang cantik. Wardah hanya mawar berduri yang telah dicantas durinya, dan dibiarkan gugur menyembah bumi. Siapa lagi yang ingin mengambil Wardah untuk menghiasi tamannya?

“Sayang, ummi tanya…Wardah dah makan ke?” soalan ummi mengembalikan aku pada realiti. Jauh aku berada di atas normal rupanya. Aku tersenyum, dan menggelengkan kepalaku.

“Belum, ummi.” Pendek jawapanku, sambil mengusap kepala anakku yang satu itu.

“Maisarah…” Anis Maisarah memandangku. Dia tersenyum. Ya Allah, senyumnya sahaja mengingatkan aku pada Fairuz. Walaupun telah setahun segalanya berlalu, dan aku bukan lagi milik Fairuz yang sah, namun kenangan bersamanya masih di ingatanku, walaupun bukan kenangan yang indah.

“Umi…abi…” Anis Maisarah memanggil Aidil Azhiim. Aku berpaling ke belakang. Ah, lelaki itu sudah berada di belakangku rupanya. Anis Maisarah memberontak minta di letakkan di tanah, membiarkan dia bertatih ke arah abinya. Aku akur, dan membiarkan dia terus bersama Aidil Azhiim.

Assalamualaikum anak abi…” Aidil Azhiim ku lihat mengucup pipi anakku itu. Anis Maisarah tergelak, suka benar diperlakukan begitu oleh abinya. Aidil Azhiim memandang kami, dan tersenyum.

Assalamualaikum ummi, Wardah.” Dia menghampiri kami, dan terus mengambil tempat di sebelah ummi. Rumahku ini bukan lagi tempat asing baginya setelah kelahiran Anis Maisarah. Pada puteri kecilku itu, Aidil Azhiim adalah bapanya. Fairuz tidak pernah memegangnya walaupun telah aku aturkan pertemuan antara mereka suatu ketika dulu. Kata Fairuz, Anis Maisarah bukan anaknya walaupun ada iras wajahnya pada wajah Anis Maisarah. Lelaki bernama Fairuz itu memang sudah buta hatinya.

Ummi menyambut salam yang dihulurkan Aidil Azhiim dan terus menuangkan the ke dalam cawan yang telah tersedia berada di depannya. Aku hanha menyambut salamnya itu di dalam hatiku. Anis Maisarah gembira dipangku Aidil Azhiim.

“Aidil dari mana?” ummi bersuara.

“Dari pejabat abi tadi, ummi. Aidil singgah sana sekejap. Kata abi fail Wardah ada di pejabatnya. Abi minta Aidil serahkan pada Wardah.” Aidil Azhiim masih ralit bermain bersama Anis Maisarah tanpa menyedari aku yang sedari tadi memerhatikannya.

“Wardah sihat hari ni?” akhirnya dia memandangku. Aku terkejut, pantas mengalihkan pandanganku.

“Alhamdulillah. Ana sihat seadanya.” Ringkas jawapanku, masih cuba menutup maluku kerana terjerat dengan pandangannya tadi. Ummi tersenyum.

“Baguslah kalau macam tu. Ana tak nak tengok anti sedih-sedih lagi. kasihan Anis Maisarah ni.”

Ah, lelaki ini memang banyak menasihatkan aku. Dari dulu hingga kini dia lah yang sering cuba mengembalikan semangatku selain ummi dan abi. Aku memang banyak terhutang budi pada mereka. Baba juga begitu. Sepanjang tempoh aku masih di dalam dilema, Baba sering hadir menemaniku. Sedikit demi sedikit aku dapat menerima Baba kembali dalam hidup kami.

“Umi…” ah, Anis Maisarah menyentuh tanganku. Bila dia mula bertatih mendapatkan aku. Aku pun tidak sedar. Puteriku ini banyak belajar dari Aidil Azhiim. Sewaktu aku masih dalam kecelaruan dulu, Aidil Azhiim lah yang banyak meluangkan masa bersama Anis Maisarah. Dia yang mengajar Anis Maisarah menyebut bait-bait perkataan ‘umi’, ‘abi’ dan ‘nenek’. Dia jugalah yang telah mengajar anakku ini bertatih. Aidil Azhiim, banyak sungguh pengorbanan yang kau lakukan pada keluargaku…syukran, sahabat...

………………………………………………………………………………………………………………

“Ana harap anti dah dewasa sekarang.” Aidil Azhiim bersuara, memecahkan keheningan yang tercipta antara kami. Anis Maisarah yang sedang diulit mimpi, masih terlena.

“Syukran, akhi. Ana dah ok. Alhamdulillah.” Itu sahaja jawapanku. Aku hanya memandang ke hadapan, ummi di belakang hanya membisu. Kami sedang dalam perjalanan ke rumah abi. Kata Aidil Azhiim, abi mengajak kami makan malam di rumahnya.

“Tapi your innerside is still not okay.” Aidil Azhiim cuba beralasan denganku. Aku mengeluh perlahan. Dia diam.

“Akhi, anta dah kenal sangat ke siapa ana? Sampaikan dalaman ana pun anta dapat tahu? Ana ok atau tak tu bukan masalah anta. Ana tahu apa yang ana lakukan. Selagi ana dapat jaga Anis Maisarah, selagi ana dapat laksanakan tanggungjawab ana sebagai anak pada ummi, dan ibu pada Anis Maisarah, ana rasa ana ok.” Tegas suaraku tika itu. Aku malas berbicara soal hati saat ini. Luka yang ditinggalkan Fairuz amat dalam. Parutnya masih berdarah sehingga kini. Akhirnya Aidil Azhiim turut mengeluh.

“I just want you to know that I care.” Lemah suaranya di telingaku.

“Dah cukuplah apa yang anta buat selama ni. Ana tahu anta ambil berat tentang ana. Syukran jazilan. Tapi ana tak nak terlalu terhutang budi pada anta. Anis Maisarah membesar dengan memanggil anta ‘abi’. Abah dia yang betul pun dia tak kenal. Dah cukuplah, akhi…ana dah tak sanggup nak membebankan anta.” Air mata yang ku tahan dari tadi akhirnya turun jua namun aku tangkas mengesatnya, bimbang terkena Anis Maisarah di ribaanku.

“Anti langsung tak meyusahkan ana.” Ya Allah, lelaki ini…Kenapa terlalu baik padaku?

Ummi akhirnya berdehem, cuba mengisyaratkan kewujudannya di belakang.

“Wardah, ummi rasa apa yang Aidil katakan tadi tu betul.” Ummi bersuara, lagaknya seperti seorang pemerhati. Aku hanya diam, menunggu kata-katanya lagi.

“Lagipun sampai bila Wardah nak seorang macam ni? Wardah tak takut bila Maisarah besar nanti dia tahu yang dia hanya anak angkat pada Aidil? Tak ke hancur hati dia bila tahu lelaki yang dia anggap ayah selama ni hanya ayah angkat?”

“Sekalipun Wardah kahwin dengan Aidil, dia tetap bukan ayah kandung Anis Maisarah!” hampir saja aku menjerit dengan kata-kataku itu. Ummi, tolonglah…fahami Wardah…

“Walaupun ana bukan ayah kandung dia, dia takkan begitu kecewa bila tahu yang ana ayah tiri dia!” Aidil akhirnya mematikan kata-kataku. Ya Allah, bantulah hambaMu ini…

“Wardah, fikirkan masa depan Anis Maisarah. Ummi tak nak cucu ummi tak ada ayah.”

“Masa depan Anis Maisarah bukan masa depan Wardah ke, ummi?”

“Anti tahu tu masa depan anti, Kenapa nak korbankan Anis Maisarah bersama anti?” dan dengan kata-kata itu, kami tiba di rumah abi. Aku terus keluar dari kereta itu, membawa Anis Maisarah bersamaku. Cukuplah…aku sudah tidak mampu berdepan dengan mereka.

Anis Maisarah, maafkan umi…bukan umi tak sayangkan Maisarah…tapi umi bimbang kesilapan yang lama akan berulang kembali…kebetulan yang umi sangkakan suratan dulu adalah satu tragedi…umi bimbang untuk menilai kebetulan kali ini…

Ummi, maafkan Wardah. Bukan Wardah cuba ingkar dengan permintaan ummi tapi Wardah bimbang Wardah tak cukup kuat untuk mengharungi sebuah kehilangan sekali lagi. Cukuplah Wardah kehilangan Fairuz. Mungkin kehilangannya tak seberapa, tapi Wardah takut seandainya Wardah terima Aidil, Wardah juga akan kehilangan dia…Wardah tak sanggup…

Aidil Azhiim, ana akui, ada perasaan itu pada anta. Tapi ana takut untuk mengakuinya. Ana bimbang andai itu adalah bisikan syaitan semata. Ana tak mahu kecewa lagi. Cukuplah apa yang Fairuz lakukan pada ana. Hampir separuh nyawa ana tersungkur kerana Fairuz. Kekuatan ini masih baru pulih, Aidil Azhiim…jangan ragutnya dari ana lagi. Biarkan ana terus kuat dan gagah untuk menempuhi segala ujian hidup ini…maafkan ana…ismahli ya akhi…


BAB 13

Fairuz bingkas bangun. Aku hanya memerhatikan lagaknya.

“Abang minta maaf, Wardah. Abang tahu abang salah. Abang nak Wardah kembali pada abang.”

“Cukuplah, abang…belum puas lagi ke abang sakitkan hati Wardah? Dah setahun semua tu berlalu, bang. Abang dah tak ada erti lagi dalam hidup Wardah.” Aku bertegas. Untuk apa lagi lelaki ini ingin kembali dalam hidupku?

“Wardah, abang sayangkan Wardah. Dulu abang mengaku, lepas kahwin abang macam buta. Tiap kali tengok Wardah abang sakit hati. Abang tak tahu Kenapa. Mak kata mungkin Habsyah guna-gunakan abang untuk kahwin dengan abang.” MasyaAllah…sampai ke tahap itu, abang? Untuk apa abang burukkan Habsyah?

“Ya Allah…abang. Cukuplah. Jangan tarik Wardah dalam permainan abang. Kalau abang nak burukkan Habsyah, jangan tarik Wardah masuk dalam dosa mengumpat tu. Wardah dah cukup bahagia tanpa abang. Wardah dah cukup tenang dengan Anis Maisarah dan ummi.”

“Anis Maisarah…Wardah tak kasihankan dia ke tak ada ayah?”

“Baru sekarang abang nak fikirkan dia? Lepas dia dah pandai bertatih? Lepas perkataan ‘abi’ dan ‘umi’ laju dari mulut dia? Untuk apa? Kenapa tak dari dulu,bang? Kenapa tak sejak Wardah mengandungkan dia lagi?”

“Wardah..abang mengaku abang silap. Abang yang salah. Abang hanya nak peluang untuk baiki semua tu. Abang nak jadi suami yang baik untuk Wardah.”

“Suami yang baik lepas apa yang abang lakukan pada Wardah? Tak cukup lagi ke seksaan yang abang bagi pada Wardah? Sampaikan Wardah dan ummi terpaksa cari abang untuk jatuhkan talak pada Wardah. Sampaikan kami terpaksa guna Habsyah sebagai umpan. Lelaki apa abang ni?”

“Abang dah cakap tadi, abang tahu abang yang salah. Abang mengaku salah, Wardah. Izinkan abang betulkan semua tu.” Fairuz kembali duduk di hadapanku. Dia cuba memegang tanganku.

“Jangan cuba pegang Wardah. Wardah bukan isteri abang lagi. Abang dah tak ingat ke dulu waktu Wardah masih isteri abang, usahkan nak pegang tangan Wardah, sentuh Wardah pun abang rasa jijik, kan? Abang tak sedar, abang yang ragut kesucian Wardah. Abang yang gelapkan masa depan Wardah. Sekarang abang nak apa lagi dari Wardah?”

“Wardah, abang dah insaf…”

“Huh, simpan saja insaf abang tu untuk Habsyah. Abang baliklah. Kasihan Habsyah tunggu abang kat rumah. Dia tengah mengandung tu. Jangan buat dia macam mana abang buat Wardah. Dia perempuan baik…”

“Tapi tak sebaik Wardah…”

“Subhanallah…abang. Kenapa ni? Cukuplah…Wardah kena balik. Anis Maisarah dan ummi tengah tunggu Wardah.”

“Anis Maisarah dan ummi atau..”

Assalamualaikum Fairuz.” Ah, suara itu…Aidil Azhiim merapati kami dan memotong kata-kata Fairuz.

“Saya yang menunggu Wardah balik. Anis Maisarah demam. Kami nak bawa dia ke klinik.” Aidil Azhiim memandangku dengan anak matanya.

“Kau binatang! Kau nak buat apa dengan bini aku hah?” ya Allah, Fairuz mula menggila. Aidil Azhiim masih tenang berdiri di hadapannya.

“Abang!” aku sudah tidak mampu menahan sabarku.

“Jangan sesekali abang fikir nak sakitkan Aidil. Selama ni, dia yang menjaga Anis Maisarah. Tanggungjawab yang sepatutnya milik abang dia yang pikul! Dia yang azankan Anis Maisarah! Kalau abang sakitkan dia, Wardah takkan maafkan abang, seumur hidup Wardah!”

Setelah itu. Aku terus menarik tangan Aidil Azhiim keluar dari bangunan itu meninggalkan Fairuz. Laju aku berjalan,

“Wardah,tangan ana…” ya Allah, ampunkan aku. Aku tidak sengaja, Ya Allah…ampunkan aku…serentak itu, kata-kata naqibahku dulu kembali di ingatan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya"- riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh.

“Err..maaf.” itu sahaja yang dapat aku katakan. Aku terus memasuki kereta dan duduk di tempat belakang. Tak mahu aku memandang wajah Aidil Azhiim. Malu yang aku rasakan tidak terkira. Dan Aidil Azhiim sepanjang perjalanan itu hanya tersenyum…

…………………………………………………………………………………………………………..

Assalamualaikumakak, abang Fairuz balik dan mengamuk semalam. Habis badan Habsyah jadi mangsanya. Anak dalam kandungan ni pun dah semakin lemah, kak…tolong Habsyah.

Mesej dari Habsyah itu ku tatap sekali lagi. Ya Allah, Kau peliharalah hambaMu itu…jangan biarkan dia menjadi mangsa Fairuz…

“Apa yang Wardah nak buat?” ummi tiba-tiba duduk di sisiku. Aku memandang wajah tua itu. Keluhan kecil aku lepaskan. Keliru…aku benar-benar keliru.

“Apa lagi mampu Wardah lakukan, ummi?” aku meletakkan kepalaku di bahunya. Ummi mengusap kepalaku, lembut…ya Allah, Kau tunjukkanlah padaku jalan yang benar…

“Wardah nak kembali pada Fairuz?” aku tersentak dengan soalan ummi itu. Untuk apa, ummi…

“Wardah takkan kembali pada dia.”

“Sekalipun anak dalam kandungan Habsyah akan menjadi mangsa?”

“Ummi nak Wardah korbankan diri Wardah sekali lagi?” mataku mula berkaca. Ummi memelukku.

“Sayang, ummi tak pernah terniat nak tengok Wardah kecewa. Ummi hanya nak Wardah gembira. Dan ummi nampak sinar bahagia yang tak akan sirna pada Aidil.”

“Ummi…cukuplah. Bagi Wardah lelaki semuanya sama. Baba, Fairuz…dan sekarang Aidil Azhiim…Wardah takut…” akhirnya aku menangis di bahu ummi. Esakanku semakin lama semakin kuat. Dan akhirnya. Aku umpama anak kecil yang menangis di ribaan ibunya…ummi…

……………………………………………………………………………………………………

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberikan rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Ath-Thalaq:2&3)

Aku mengagahkan diri melawat Habsyah di hospital. Setelah menerima mesej pagi tadi. Aku terus bergegas ke rumah Habsyah dan seterusnya mengambil dan menghantarnya ke hospital. Badannya lebam, mukanya juga begitu. Fairuz memang tidak berhati perut. Sudahnya, tubuh Habsyah yang dijadikan mangsa tenpat dia melepaskan kemarahannya. Sekelumit rasa bersalah singgah di hatiku. Kalau bukan kerana aku menolak ajakan Fairuz untuk bersamanya kembali, mungkin Habsyah tak akan menerima nasib begini. Kata doktor, anak dalam kandungan Habsyah mulai lemah kerana sering ditendang Fairuz. Jika terpaksa, anak itu terpaksa digugurkan. Ya Allah, dengan kuasaMu, Kau selamatkanlah kedua-dua insan yang tidak berdosa ini.

“Akak…” Habsyah bersuara, lemah pada pendengaranku. Aku segera menghampirinya. Aku pasti dia memerlukan sokongan seseorang ketika ini.

“Habsyah…akak ada ni.” Aku menggenggam tangannya, mengharap agar ada kekuatan yang dapat aku salurkan padanya.

“Biar saya yang pergi, kak…tapi selamatkan anak dalam kandungan ni…” aku kelu, tidak tahu apa yang harus ku jawab.

“Akak takkan benarkan sesiapa pun pergi. Akak janji, Habsyah. Akak akan jaga Habsyah dan anak ni, sebagaimana akak jaga diri akak.” Kata-kataku mati di situ. Esakan Habsyah yang semakin menjadi-jadi membuatkan aku turut gelisah. Abang, abang kejam!!!
BAB 14

“Tidak berlaku musibah di bumi dan pada diri kamu kecuali telah ditentukan sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian mudah bagi Allah. (Tujuannya) agar kamu tidak berputus asa atas sesuatu yang luput daripada kamu dan tidak (terlalu) bergembira atas nikmat yang diberikan kepada kamu.” (Al-Hadid:22-23)

Teringat aku akan antara isi usrah yang aku lalui dulu, bahawa Allah memberitahu kita bahawa semua musibah yang berlaku di bumi telah ditentukan dari awal, yakni telah ditulis di Luhmahfuz. Dan ujian itu adalah sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Maka, harus ada rasa bersyukur di setiap kali menempuhi dugaan yang diberikan olehNya. Aku akui, pernah aku berputus asa pada rahmat Allah. Pernah jua aku persoalkan mengapa hanya aku yang dihujani dugaan seberat ujian ini. Namun, bila aku sedari ianya adalah silap ku sendiri. Rahmat Allah menggunung luas, melangit tinggi. Hanya aku yang terlalu sedikit bersyukur padaNya. Ya Allah. Aku pasrah akan takdirMu…aku redha dengan janjiMu…


“Abang nak Wardah kembali pada abang. Lepas tu baru abang berhenti menyakiti Habsyah.” Suara Fairuz yang aku temui ketika sedang menemani Habsyah di hospital masih terngiang di halwa telingaku.

“Abang dah gila? Abang sedar tak anak dalam perut Habsyah tu anak abang?”. Aku mula meninggi suara. Tak guna bertutur bahasa sopan pada Fairuz. Hormat ku padanya mula meluntur.

“Wardah, jaga mulut tu. wardah dah lupa siapa abang pada Wardah?” Fairuz juga mula kehilangan sabarnya.

“Wardah ingat. Dan Wardah takkan lupa sampai bila-bila. Abang bekas suami Wardah.” Itu sahaja jawapanku. Fairuz memandang tepat ke wajahku.

“Bekas suami Wardah, tapi abang masih ayah kandung Anis Maisarah!” Fairuz bangun, merapati Habsyah yang sedang terlena. Tangannya mula memegang lengan Habsyah. Habsyah terjaga.

“Abang jangan cuba…” belum sempat aku menghabiskan ayat itu, Fairuz sudah mula menggila. Dia menggenggam erat lengan Habsyah sehingga wanita itu mula menangis.

“Abang…sakit, bang…” Habsyah merayu dalam sendu. Aku bingkas merapati mereka.

“Kau pilih antara dua, Wardah. sama ada kau nak kembali pada aku atau kau nak aku bunuh Habsyah!”

“Astaghfirullahal’azim…mengucap,bang. Habsyah tu isteri abang. Wardah ni bekas isteri abang saja. Lagipun Habsyah tu tengah mengandung anak abang, benih abang sendiri.”

“Aku tak peduli. Aku nak kau kembali pada aku! Betina ni mengandung ke..apa ke..aku tak peduli. Aku cuma nak kau kembali pada aku!” Cengkaman Fairuz semakin menyakitkan Habsyah. Dia akhirnya bersuara,

“Akak…tolonglah…saya dah tak sanggup di seksa macam ni. Akak kembalilah pada dia. Saya sanggup dilepaskan. Abang, lepaskan Habsyah…” Habsyah menangis lagi. Aku terdiam, tidak sangka dia seberani itu.

“Ah, anda dua orang sama saja! Jangan harap aku lepaskan kau, Habsyah!”

“Abang nak siapa sebenarnya ni?” akhirnya aku pula yang bersuara, bingung dengan kehendak Fairuz sendiri.

“Aku nak kau! Dan aku nak Habsyah!”

“Kalau abang nak Wardah, lepaskan tangan Habsyah!”. Aku menjerit, tidak tahan dengan apa yang dilakukan Fairuz terhadap Habsyah. Aku faham Habsyah menderita. Aku mengerti Habsyah tersiksa. Namun aku jua ingin bebas. Aku juga ingin lari dari cengkaman Fairuz!

Akhirnya Fairuz melepaskan genggaman tangannya itu. Habsyah teresak-esak menangis. Fairuz hanya tunduk, memandang tepat pada lantai.

“Bagi Wardah masa. Wardah akan kembali pada abang, kalau abang berjanji pada Wardah yang abang takkan sekali-kali sakiti Habsyah lagi. Berjanji pada Wardah dengan nama Allah!”

“Abang berjanji, Wardah…abang berjanji dengan nama Allah abang takkan sakiti Habsyah lagi kalau Wardah kembali pada abang…”

………………………………………………………………………………………………………………

“Anti pasti dengan apa yang anti lakukan?” Aidil Azhiim akhirnya bersuara. Ummi membisu, Anis Maisarah di pangkuannya nyenyak terlena.

“Ana dah tak nampak cara lain. Kalau ana tak kembali pada dia, dia akan terus-terusan sakiti Habsyah. Anak dalam kandungan Habsyah dah terlalu lemah. Ana tak nak satu nyawa terkorban.”

“Untuk nyawa tu anti korbankan hati anti?”

“Ana sanggup korbankan walaupun nyawa ana untuk nyawa tu. Nyawa tu juga anak ana, datang dari benih yang sama.”

“Tapi Wardah tak menyesal?” ummi pula yang bersuara, mungkin dia telah terlalu lama mendiamkan diri.

“Wardah takkan menyesal, ummi. Sejak dari dulu lagi Wardah tak pernah menyesal. Apa yang Wardah lalui dari dulu, sampailah sekarang tetap sama. Walau Wardah cuba untuk melarikan diri dari dugaan Allah, ujiannya tetap sama. Mungkin takdir Wardah bersama Fairuz.”

“Itu bukan takdir. Itu anti yang lemah! Anti yang pilih jalan ni sedangkan ada jalan lain.”

“Anta nak ana kahwini anta dan hidup bersama anta sedangkan ada dua nyawa yang hampir hilang kerana kegilaan Fairuz? Anta yakin kita akan bahagia kalau macam tu? Anta sanggup tengok Habsyah dan anaknya menjadi mangsa pada keadaan ni?”

“Ini bukan soal nyawa Habsyah dan anaknya. Ini soal hati anti. Fairuz hanya menggunakan kelebihan yang dia ada untuk menutup kekurangan yang menjadi kelemahan dia!” Aidil Azhiim mula meninggi suara, barangkali juga sabarnya telah surut. Aku tahu. Aku sering menguji sabarnya. Aku sering menduga hatinya.

“Ana tak tahu, akhi…kalau ana nampak jalannya, ana takkan pilih jalan ni. Ana keliru. Ana kasihankan Habsyah. Ana…”

“Fairuz cuma gunakan kekasaran tu sebab dia tahu anti akan lemah bila melihat dia mengasari orang lain. Ana pasti dia tak ada niat nak menyakiti Habsyah. Dia cuma nak anti akur pada apa yang dia nak. Sekalipun anti tunaikan permintaan dia, belum tentu dia akan berhenti menyakiti anti dan Habsyah. Sekejam-kejam hati seorang Fairuz, dia takkan sanggup bunuh anak kandung dia sendiri.”

Akhirnya Aidil Azhiim merasionalkan aku. Air mataku menitis lagi kali ini di hadapannya. Sudah terlalu kerap aku menitiskan air mata ini di hadapannya. Namun dia tetap sama seperti dulu, tetap tidak pernah penat merasionalkan aku walaupun ada kalanya benteng sabarnya goyah kerana aku.

“Ummi percaya kata-kata Aidil, Wardah. Fairuz takkan sanggup bunuh anaknya sendiri. Sedangkan Anis Maisarah pun dia masih sayang, inikan pula anaknya di dalam perut Habsyah tu. Lagipun dia kahwini Habsyah atas kerelaannya. Wardah, ummi tak nak Wardah korbankan diri Wardah untuk dia.”

“Dulu ummi pernah tanyakan kesanggupan untuk Wardah melihat anak Habsyah menjadi korban. Wardah tak sanggup.”

“Memang anti tak sanggup melihat anaknya terkorban. Tapi kami tak sanggup melihat anti terkorban!”

“Tapi Fairuz dah berjanji dengan nama Allah untuk berhenti menyakiti Habsyah kalau ana kembali pada Fairuz.”

“Anti masih percayakan dia selepas apa yang dia lakukan pada anti?”

“Akhi, kalau ana nampak apa yang perlu ana lakukan, ana dah lama buat. Ana tersepit. Di antara kehendak ana, dan antara keselamatan Habsyah. Ana bingung. Ana tak tahu mana yang harus ana dulukan.”

“Anti sepatutnya dulukan diri anti.”

“Tapi ana bukan orang macam tu. Ana tak nak Habsyah terima hukuman atas kedegilan ana.”

“Kedegilam anti tu yang akan jaga anti. Bukan jaga Habsyah.” Suara itu berbunyi ketegasan. Aku memandang wajah tenang itu. Aidil Azhiim mengeluh lagi. Ummi hanya diam memandangku. Wajah tua itu penuh kesedihan. rasa bersalah menebal dalam diriku kerana melibatkan mereka dengan semua ini.

Anis Maisarah terjaga. Melihatkan aku di hadapan ummi, dia merengek minta diserahkan pada aku. Serentak itu, air mata ku semakin laju menitis. rasa kasih dan sayang aku pada satu-satunya puteri ku ini semakin mekar. rasa tidak sanggup untuk mengorbankan kebahagiaan Anis Maisarah mula meresapi urat nadiku. Ya Allah, Kau tunjukilah aku jalan yang benar, jalan yang Kau redhai agar hambaMu ini kekal bertaqwa padaMu…amin… BAB 15

Panggilan Fairuz aku biarkan bisu tidak berjawab. Sudah beberapa kali dia menghubungiku, barangkali mahukan kepastian tentang janjiku padanya. Namun aku buntu. Aku tidak tahu siapa yang harus aku pilih. Berita terbaru yang aku terima dari Habsyah, anaknya telah beransur pulih dan dia kini telahpun dibenarkan pulang ke rumah. Fairuz juga katanya telah berhenti menyakiti dirinya. Aku bersyukur mendengar kenyataan itu. Semoga Allah terus membuka pintu hati Fairuz agar dapat melihat intan di hadapannya itu. Aku tak sanggup kerana aku mahligai yang cuba Habsyah pertahankan musnah walaupun pada hakikatnya, dia yang telah memusnahkan mahligai yang pernah suatu ketika dulu milik aku.

rasa rindu itu hadir lagi…namun aku tidak pasti aku rindukan siapa. Rindukan Fairuz…atau rindukan Aidil Azhiim…atau sememangya rasa rindu ini hanya singgah di hati semata-mata untuk menguji diriku. Potret Baba bersama Ummi ku tatapi lagi. Ah, cinta itu apa? Apakah cinta bagiku adalah Anis Maisarah? Kanak-kanak kecil yang sepatutnya menjadi tanda cinta antara aku dan suamiku. Namun yang terjadi adalah Anis Maisarah lahir dari tuntutan nafsu Fairuz yang menggila. Aku pasrahkan hidupku padaMu, Tuhan…aku berserah segalanya pada takdirMu…apa yang terbaik untukMu, Tuhan…itulah yang terbaik bagiku…amin…

Assalamualaikum, mawar berduri.” Aku terkejut mendengar namaku dipanggil. Belum pun sempat aku menoleh ke arah panggilan itu, Baba telahpun menghampiriku. Aku menyambut tangannya dan mengucup tangan tua itu. Walaupun Baba bukan lagi suami Ummi yang sah, dia tetap ayah kandungku. Selepas melahirkan Anis Maisarah. Aku mulai sedar perasaan seorang ayah dan ibu.

“Alaikumussalam, Baba. Baba sihat?” aku bersuara sebaik sahaja Baba mengambil tempat di sisiku.

“Sepatutnya Baba yang tanyakan kesihatan Wardah.” Wajah tua itu mengukir senyuman.

“Alhamdulillah, Wardah sihat seadanya. Baba?”

“Alhamdulillah aidhan. Wardah dah ok?”

“Urm…Wardah memang ok, Baba.” Ringkas jawapanku. Aku tahu kali ini Baba akan menasihatiku. Baba memang begitu. Setiap kali Ummi gagal mengawal emosiku, dan Aidil Azhiim tidak mampu merasionalkan aku, mereka akan memanggil Baba. Aku lekas tunduk pada kata-kata Baba.

“Baba tak fikir Wardah dah ok.” Pendek saja kata-kata Baba namun penuh makna. Aku memandang wajah Baba. Dia tersenyum lagi.

“Wardah nak tahu satu rahsia tak?” aku mengangguk, perlahan. Baba mengambil tanganku dan menggenggamnya erat.

“Baba menyesal mentalakkan Ummi.” Aku memandangnya, terkejut dengan jawapan itu. Aku cuba mencari riak bohong di matanya namun nyata, dia jujur.

“Baba tak sangka Baba akan buat keputusan sebodoh itu. Tapi untuk menyesali semua itu, bererti menyalahkan takdir. Baba pasrah, mungkin benar Baba bukan tolibun yang baik untuk tolibat semulia Ummi. Tapi Baba ralat. Baba tinggalkan ummi untuk membina rumahtangga bersama wanita bernama Alia. Baba tahu, Wardah sendiri tak pernah dengar nama tu. Ummi sendiri tak pernah kenal wanita yang merampas takhta ummi. Baba bukan sengaja nak rahsiakan semua tu.”

“Maksud Baba, ummi tak pernah kenal isteri Baba yang baru?” Baba tersenyum lagi.

“Dah tak baru lagi, sayang. Dah dekat 3 tahun Baba menikahi Alia. Selama tempoh tu, Baba tak pernah kenalkan dia pada ummi dan Wardah. Bukan Baba tak nak tunjuk, tapi Baba malu. Baba malu pada Allah, Baba malu pada ummi kerana meninggalkan dia untuk seorang wanita yang tidak setanding dengan dia. Baba mengaku, ummi wanita yang sempurna. Adakalanya Baba rindukan saat-saat Baba bersama ummi. Baba rindukan kesempurnaan bidadari yang pernah Allah kurniakan pada Baba.”

“Tapi Kenapa Baba tinggalkan Ummi?”

“Baba perlu selamatkan perniagaan Baba. Satu-satunya orang yang sanggup membantu Baba ketika itu adalah ayah Alia. Dan dia minta Baba menikahi Alia dengan syarat Baba menceraikan ummi. Baba ralat. Baba nak selamatkan perniagaan Baba. Baba juga nak selamatkan pernikahan Baba dan ummi. Sebab tu Baba tak balik rumah selama 2 tahun. Bukan senang Baba nak buat keputusan. Semakin hari perniagaan Baba semakin teruk. Macam mana Baba nak sara ummi dan Wardah lagi? Duit yang Baba kirimkan pada Wardah sebelum ini untuk pengajian Wardah adalah pemberian ayah Alia. Dia terus mendesak Baba untuk menikahi Alia dan meninggalkan ummi. Akhirnya Baba terpaksa, kerana dia mengugut untuk mengapa-apakan Wardah kalau Baba enggan. Baba terpaksa, sayang…maafkan Baba.”

Air mata lelaki tua itu mula mengalir. Ya Allah, baru kali pertama aku melihat Baba menitiskan air matanya kerana ummi. Dalam benar cintanya pada ummi. Aku mula mengerti kini. Segalanya bukan salah Baba. Baba juga adalah mangsa keadaan. Baba juga adalah antara orang yang terpaksa mengorbankan kebahagiaannya demi membahagiakan orang lain!

“Wardah dah lama maafkan Baba. Wardah tak pernah salahkan Baba walaupun dulu Wardah pernah membenci Baba. Wardah minta maaf, Baba. Ampunkan Wardah…” aku menyalami tangan tua itu. Aku kucup tangannya itu penuh kasih seorang anak. Aku mula sedar akan salahku pada Baba selama ini. Aku sering salah faham akan tindakan lelaki itu. Aku tahu aku silap. Aku sedar aku salah. Ampunkan Wardah, Baba…

“Sayang…” Baba mengangkat wajahku supaya memandangnya.

“Baba ceritakan semua ni bukan Baba nak simpati Wardah. Baba tahu Baba salah kerana melakukan semua ini pada ummi dan Wardah. Ummi tak pernah tahu kesulitan yang Baba hadapi. Baba tak nak menyusahkan Ummi. Baba terlalu cintakan ummi.”

Melihatkan aku yang kekal membisu, Baba menyambung lagi.

“Dan kerana itu Baba tak nak Wardah ulang kesilapan Baba. Baba tak nak Wardah tinggalkan kebahagiaan Wardah untuk kebahagiaan orang lain. Sekarang Alia gembira, Alia bahagia. Tapi hati Baba macam mana? Hati Baba masih pada ummi. Baba rasa bersalah yang amat pada ummi. Baba masih tak dapat lupa kenangan Baba bersama ummi. Baba tak adil pada Alia. Baba juga tak adil pada Ummi. Baba tak nak Wardah korbankan Aidil Azhiim untuk Fairuz.”

“Tapi Wardah terpaksa…” air mataku muka menitis lagi.

“Wardah tak pernah terpaksa. Baba pun tak pernah terpaksa. Kita ada pilihan, Wardah. Istilah terpaksa tu hanya satu alasan. Baba yakin Wardah mampu buat pilihan yang tepat. Wardah yakin pilihan Wardah untuk kembali pada Fairuz tu betul? Susah payah Wardah lepaskan diri dari cengkaman dia dulu. Sekarang dengan senang Wardah nak serah diri pada Fairuz? Wardah tak bimbang dia akan ulang apa yang dia buat pada Wardah?”

“Wardah tak nak dia seksa Habsyah…” aku tidak berdaya menahan tangisku lagi.

“Dia hanya seksa Habsyah sebab dia tahu Wardah takkan tahan melihat orang lain diseksa. Baba yakin dia tak berniat nak cederakan Habsyah. Fairuz tu gila, Wardah. Lelaki macam dia tu tamak.” Baba memegang bahuku, cuba memujuk esakan ku yang semakin menjadi-jadi. Aku kerap menangis kebelakangan ini. Sudahlah aku ditinggalkan Fairuz, kini dia cuba menggunakan Habsyah untuk mendapatkan aku kembali. Apa sebenarnya yang dia inginkan?

“Wardah tak tahu, Baba…Wardah keliru…Wardah sayangkan Fairuz…tapi Wardah cintakan Aidil…” Baba tersenyum lagi untuk ke sekian kalinya.

“Akhirnya Wardah mengaku yang Wardah cintakan Aidil Azhiim…” aku memandang wajah tua itu.

“Baba dah sedar perkara ni dari dulu lagi. Baba tahu Wardah ada perasaan yang sama pada Aidil Azhiim tapi Wardah takut. Baba faham perasaan Wardah. Tapi dalam keadaan ni, Wardah memperjudikan perasaan Wardah dan perasaan Aidil Azhiim. Wardah tak kasihankan dia ke menunggu Wardah dari dulu? Sejak kali pertama dia lihat Wardah, dalam hati dia dah berniat nak jadikan Wardah isteri dia. Bila dia kenal Baba, melalui Abi dia khabarkan pada Baba untuk menyunting Wardah. Ummi pun tak ada halangan. Baba dah senang tengok Wardah bertunang dengan dia. Tapi, takdir tentukan Wardah bersama Fairuz kerana tragedi hitam tu. Sekarang, Allah dah tunjuk siapa Fairuz yang sebenar. Wardah sepatutnya tahu macam mana nak buat pilihan. Baba serahkan pada Wardah untuk membuat penilaian seterusnya.” Baba bersuara tenang. Dia megusap kepalaku. Lama aku tidak merasa belaian seorang ayah. Lama tangan tua itu tidak mengusap kepalaku seperti ini. Akhirnya. Aku terlelap di pangkuan ayah ku itu…



BAB 16

To : wardatulsyauqah@yahoo.com
From : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
Subject: Assalamualaikummawar berduri…

Salamun ‘alaik, mawar berduri. Semoga terus dilimpahi rahmat Allah dan mendapat keredhaanNya dalam menempuh hidup yang sementara ini, InsyaAllah.

Mawar berduri, umi Anis Maisarah,
Ana masih di Jordan, cuba mencari ketenangan yang sepatutnya telah lama menjadi milik ana. Bukan niat ana untuk berlepas tanpa mengkhabarkan berita ini pada anti tetapi desakan sahabat ana yang memerlukan kehadiran ana di sini memaksa ana untuk terus ke sini tanpa berita. Ana harap Anis Maisarah tidak bertanya tentang ana. Ana tahu, pasti anak kecil itu tercari-cari di mana abi nya yang tiba-tiba hilang. Sampaikan peluk dan cium dari ana untuk anak kecil itu. Ana sudah mula rindukan keletahnya walaupun baru dua hari tidak memandang puteri tunggal ana itu.

Ukhti,
Sahabat ana meminta ana ke sini kerana masalah peribadi yang dihadapinya. Ada nisa’ yang telah lama bersamanya mohon agar ikatan antara mereka diputuskan. Alasannya amat bersahaja-kerana nisa’ itu telah berjumpa insan lain di sini. Akar masalahnya adalah, mereka telah pun ditunangkan. Walaupun hanya secara kinayah, tetapi ikatan pertunangan itu telahpun ada kerana ana kira anti pun tahu, di dalam Islam sendiri tidak ada istilah bertunang. Hanya melamar dan nikah…nisa’ itu pula adalah sahabat baik ana yang ana kenalkan pada rijal ini sewaktu mereka mula-mula sampai di sini dahulu. Sudahnya, sahabat ana meminta agar ana ke sini untuk menyelesaikan masalah ini.

Ukhti,
Ana tahu ana tak sepatutnya menceritakan hal ini pada anti kerana siapalah ana pada anti. Mungkin pada Anis Maisarah ana adalah abi miliknya namun pada anti, ana tetap orang asing dalam kehidupan anti. Baba ada menghubungi ana sebelum ana berlepas 2 hari yang lepas, menyatakan pada ana tentang perasaan anti. Syukur Alhamdulillah, ana akhirnya ketemu insan yang sudi membalas cinta yang ana landaskan semata-mata kerana Allah ini. Sayangnya, anti tidak sanggup mengejar bahagia milik anti kerana bimbangkan Habsyah. MasyaAllah, mulia sungguh hati mawar berduri yang menjadi idaman insan dhaif dan hina seperti ana ini…sedetik rasa tidak layak singgah di hati. Ana tahu, ana tidak sebaik anti untuk mengorbankan kebahagiaan sendiri kerana insan lain. Ana serahkan segalanya pada Allah, ana harap anti juga begitu. Jika ada cinta pada ana walaupun sedikit, ana harap anti sandarkan cinta itu pada Robbul’izzati. Biarlah cinta yang anti ada itu menambahkan rasa cinta anti padaNya.

Ukhti habib,
Sabarlah…ana yakin anti kuat untuk menempuh semua ini. Ana juga pasti suatu hari nanti Allah akan membalas segala pengorbanan anti ini. Semoga langkah kita untuk mendapat cinta Illahi akan sentiasa di dalam redhaNya. Dan semoga perasaan yang ada di hati kita tidak sedikitpun melalaikan kita tentang tanggungjawab kita untuk terus meng’abdikan diri padaNya.

Ukhti, uhibbuki fillah.

Salam sayang dari kejauhan…
Aidil Azhiim bin Saifullah.


Emel itu ku tatap lagi. Setitis air mata mengalir membasahi pipiku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku harus tersentuh dengan emel yang dikirimkan Aidil Azhiim kali ini sedangkan sebelum ini pun dia pernah berkata perkara yang sama padaku. Anis Maisarah di ribaku ku kucup lembut di ubunnya. Lantas aku memeluknya, mewakili Aidil Azhiim yang merinduinya di kejauhan. Anis Maisarah ketawa, suka benar dia diperlakukan begitu. Aku tahu anakku itu rindukan abi nya. Hari ini sahaja sudah beberapa kali dia bertanyakan ke mana abi nya. Yang mampu aku katakan hanyalah abi nya ke tempat bekerja. Entah bila anak kecil ini akan mengerti yang Aidil Azhiim bukan ayah kandungnya. Aku sendiri cemas menanti saat itu. Apa yang bakal anak kecilku rasakan, apa yang bakal anak kecilku lakukan bila dia ketahui yang lelaki yang selama ini dia sayang sebagai abi bukanlah ayahnya yang sebenar. Aku tak ingin lihat riak duka pada wajah kecil ini. Aku hanya ingin Anis Maisarah gembira. Aku hanya ingin Anis Maisarah bahagia. Ya Allah…bantulah aku…

………………………………………………………………………………………………………………

“Umi…Sarah nak abi…” anakku sudah petah berkata-kata. Hari ini genap setahun 6 bulan usianya. Aku mengusap kepalanya lembut.

“Sayang, abi kerja…nanti abi datang, ya?” aku cuba memujuk. Demam Anis Maisarah masih belum kebah. Barangkali dia demam kerana terlalu rindukan abi nya. Aku meletakkan kain tuala yang lembap di kepala puteri ku itu.

“Sarah nak abi…” sekali lagi anak kecil itu merengek meminta abinya di sisi. Aku mengeluh kecil.

“Sabar, sayang…nanti abi balik…” ummi akhirnya bersuara. Dia mengangkat Anis Maisarah dari pembaringan dan meletakkannya di riba. Anis Maisarah menangis lagi. Manja benar dia bersama neneknya.

“Shh…kan nenek ada ni?” ummi mengucup pipi cucu tunggalnya itu. Aku hanya memandang, tidak tahu apa yang harus aku katakan lagi. Anis Maisarah sudah cukup mesra bersama Aidil Azhiim. Bagaimana lagi harus aku mengelakkan diri dari lelaki itu. Dan bagaimana lagi harus aku terangkan pada Fairuz yang terus-terusan mendesak aku?

Sepanjang ketiadaan Aidil Azhiim, Fairuz tidak putus-putus cuba menghubungiku namun aku tidak menjawabnya. Bimbang andai ada perkara yang akan dilakukannya padaku. Aku tahu dia masih menagih janjiku untuk kembali padanya. Aidil Azhiim pula tidak henti-henti menghantar emel menceritakan apa yang berlaku di sana sekaligus mengingatkan aku supaya tidak bertindak terlalu jauh sepanjang ketiadaannya. Tuhan, Aidil Azhiim cuba melindungiku…lagaknya sahaja sudah seperti suamiku. Ya Allah, Kau berilah petunjukMu pada kedua-dua hambaMu ini…

Pada Habsyah. Aku sering menghantar mesej menanyakan khabarnya dan anaknya. Syukur, Fairuz tidak lagi mengasarinya selepas dia pulang dari hospital kerana telah diingatkan doktor bahawa anaknya itu sudah lemah, bimbang andai dikasari lagi Fairuz akan kehilangan anaknya itu. Kali ini aku sedar, anak itu adalah benar-benar tanda cinta mereka, bukan seperti aku dan Anis Maisarah. Fairuz menyentuh ku dulu kerana ingin membalas dendam padaku setelah menolak cintanya. Dia cuba membuktikan padaku yang dia mampu memilikiku walaupun aku telah menolaknya. Ya Allah, sedikit rasa gerun hadir di hatiku mengenangkan semua itu. Bimbang juga akan berulang kembali tragedi itu sekarang. Kerana itu, perjalananku kini ke mana-mana ditemani ummi dan Anis Maisarah. Kalau tidak pun Baba dan Abi. Itupun setelah dipesan Aidil Azhiim. Lelaki itu memang telah cukup sempurna untuk bersamaku. Dia sudah cukup layak untuk aku panggil suami!

Panggilan telefon mengejutkan aku. Panggilan yang dijawab Ummi itu segera diserahkan padaku. Aku menajwab,
Assalamualaikum.” Ringkas.

“Wardah. Kenapa buat abang macam ni?” ya Allah, Fairuz! Bagaimana ummi boleh menyerahkan panggilan Fairuz kepadaku. Aku memandang ummi, ummi hanya menggeleng, tanda dia tidak tahu itu adalah Fairuz.

“Wardah. Wardah janji nak kembali pada abang. Abang tunggu Wardah. Jangan buat abang macam ni, sayang…” Tuhan, Kenapa selemah ini insan bernama Fairuz ini? Kenapa dia jadi begini?

“Abang, bangunlah. Jangan bermimpi lagi. Wardah tak mungkin kembali pada abang. Abang bukan cintakan Wardah. Abang hanya nak balas dendam, kan? Abang ragut kesucian Wardah, abang seksa Wardah sepanjang pernikahan kita. Sikit pun abang tak pernah sentuh Wardah dulu. Kenapa, abang? Kenapa baru sekarang abang nak Wardah kembali pada abang? Untuk apa? Abang nak apa lagi dari Wardah?” aku menuturkan kata-kata itu dengan berani. Semangat yang aku dapat dari ummi, Baba, Abi, serta Aidil Azhiim dan Anis Maisarah menjalar di dalam diriku.

“Abang cintakan Wardah. Sungguh…abang betul-betul sayangkan Wardah…” ah,kata-kata yang sama seperti waktu dulu…lelaki ini tidak pernah ikhlas menuturkan kata-kata sayangnya. Dia tidak pernah jujur!

“Sudahlah, abang…abang kembalilah pada Habsyah. Anak abang dan dia sedang menanti abang. Dia cintakan abang, abang pun cintakan dia. Di mana kedudukan Wardah antara abang dan Habsyah? Abang sanggup menduakan Habsyah?” aku cuba menduga.

“Abang akan ceraikan Habsyah.”

“Abang gila? Anak dalam kandungan tu macam mana?”

“Abang akan suruh dia gugurkan anak tu.”

“Astaghfirullah…abang ingat senang nak gugurkan anak tu? dah lebih 6 bulan dia mengandung, bang…mana boleh gugurkan…abang nak jadi pembunuh ke? Abang bukan setakat membunuh anak abang, abang akan bunuh Habsyah juga nanti!”

“Aku akan pastikan dia gugurkan anak tu!”

“Ya Allah, abang…mengucap,bang…jangan bertindak menggila macam tu. Ingat Allah, bang…”

“Kau ingat kau tu dah baik sangat ke? Jangan ingat kau dah berjaya pujuk aku, Wardah. Kalau bukan nyawa kau yang aku cabut, nyawa Habsyah dan anak tak guna tu akan aku kerjakan!” panggilan itu tamat di situ. Ya Allah…aku beristighfar panjang…Kenapa lelaki itu jadi begini…Kenapa mesti aku yang tersepit di antara kedua insan ini? Ya Allah…berikanlah aku hidayahMu agar dikuatkan iman yang lemah ini…

Seketika aku teringatkan Aidil Azhiim…kalaulah dia berada di sini, pasti dia yang akan merasionalkan aku…Aidil Azhiim…tiba-tiba aku merasakan perlunya dia di sisiku!

……………………………………………………………………………………………………

To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : wardatulsyauqah@yahoo.com
Subject: Assalamualaikumsahabat…

Akhi,
Bila lagi akhi akan pulang? Ana buntu…ana benar-benar perlukan seseorang ketika ini!

Umi Anis Maisarah,
Wardatul Syauqah. BAB 17

MONOLOG HATI…
Aidil Azhiim bin Saifullah.

Hari ini aku kembali pada dunia asalku. Bumi Jordan telah seminggu aku tinggalkan. Tanpa aku sedari, rijal yang Khairunisa’ maksudkan adalah diriku sendiri. Antara aku dan Borhan, dia minta agar Borhan mengundur diri. Demi persahabatan, Borhan akur. Ya Allah, apa lagi yang mampu aku lakukan? Pada Borhan Khairunisa’ katakan dia telah lama mencintai aku. Dia menerima Borhan suatu ketika dulu pun kerana aku. Kerana aku yang berusaha untuk menyatukan mereka walhal hatinya ketika itu hanya tertulis namaku. Walaupun secara kinayahnya mereka telah pun mengikat tali pertunangan namun pada Khairunisa’, ikatan itu tidak memberi makna. Bila aku maklumkan padanya cintaku pada Wardah tidak berbalas, semakin kuat hatinya mendesak agar memutuskan hubungan bersama Borhan agar dapat bersamaku. Sayangnya hatiku hanya ada nama Wardah. Cinta yang aku landaskan semata-mata kerana Allah ini hanya pada seorang nisa’ yang bernama Wardatul Syauqah binti Khairuddin…maafkan aku, Khairunisa’…

“Aidil…” suara Abi mengejutkan aku. Diari yang sering menjadi saksi isi hatiku aku letakkan di tepi. Abi mengambil tempat di sisiku.

“Abi…” aku memandang wajah lelaki ini. Dia kuat…dia terlalu gagah untuk menjadi seorang abi. Setelah Ibu pergi meninggalkan kami, abi lah bapa, abi lah emak. Abi tidak pernah mengeluh dengan takdir hidupnya. Abi tidak pernah menyesali takdirnya. Abi adalah kekuatanku, sepertimana ummi adalah kekuatan Wardah. Wardah, di mana anti kini?

“Ummi call abi tadi. Katanya puas dia cuba menghubungi kawan-kawan Wardah tapi tak seorang pun tahu Wardah di mana. Ummi hampir-hampir berputus asa, Aidil. Baba pun begitu. Puas dia cuba menjejak Wardah tapi gagal. Bayang Wardah pun mereka tak ketemu.” Abi mengeluh perlahan. Aku faham kekacauan yang melanda hidup Ummi dan Baba kini. Satu-satunya anak mereka, satu-satunya puteri mereka telah menghilangkan diri.

Kini masuk seminggu Wardah hilang tanpa jejak. Puas kami mencarinya namun hampa. Pada Anis Maisarah dia hanya tinggalkan sepucuk surat yang menyatakan dia pergi mencari ketenangan. Tapi di mana? Wardah, di mana anti? Ana bimbang akan anti…

“Aidil yang silap, Abi. Sepatutnya Aidil check emel Aidil waktu di Jordan dulu. Kalau Aidil reply emel Wardah, mesti Wardah takkan buat keputusan terburu-buru macam ni.” Aku juga mengeluh perlahan. Benar, jika aku membalas emel Wardah secepat mungkin dan merasionalkan dia, pasti dia takkan hilang begini. Aku tahu hanya aku yang sering mengawal emosinya. Aku tahu Wardah sebenarnya memerlukan aku untuk menenangkannya. Ya Allah, Kau peliharalah tiap langkah hambaMu itu. Kau lindungilah dia dari sebarang perkara musibah.

“Jangan salahkan diri, Aidil. Abi tahu Wardah takkan buat benda yang akan merosakkan diri dia sendiri. Mungkin benar dia mencari ketenangan. Aidil pergilah rumah ummi, Anis Maisarah dah rindu benar nak jumpa Aidil.” Abi bingkas bangun meninggalkan aku setelah menuturkan kata-kata itu. Anis Maisarah…abi rindukan Maisarah!

……………………………………………………………………………………………………

Sampai sahaja ke rumah ummi, Anis Maisarah terus berlari mendapatkanku. Ya Allah, sudah besar puteri tunggalku ini rupanya.

“Abi!!!” Anis Maisarah menjerit memanggilku. Aku hanya tersenyum, cuba menyembunyikan resah di hati. Anis Maisarah, tahukah kau akan kehilangan umi mu?

Assalamualaikum, sayang abi…” lantas aku mengucup pipi anak kecil itu penuh kasih. Ummi di belakang hanya memerhati, sejak dari dulu lagi ummi hanya menjadi pemerhati dalam hubungan kami.

Assalamualaikum, ummi…” ummi tersenyum dan menjawab salamku itu. Anis Maisarah masih erat memelukku. Barangkali rindu sungguh dia padaku sepanjang ketiadaanku.

“Abi, umi mana?” Tuhan, lancar sungguh anak kecil ini menuturkan pertanyaan di mana umi nya.

“Umi kerja, sayang…” aku berbohong lagi. Aku tahu, Anis Maisarah inginkan umi dan abi nya duduk bersama melayan keletahnya. Ya Allah, walau di mana pun Wardah berada, Kau peliharalah dia. Kau permudahkanlah setiap urusannya.

“Ummi, Aidil minta maaf.” Ummi memandang wajahku penuh kasih. rasa sayang seorang ibu mula menyerap di tubuhku. Bagiku, Ummi ibarat ibu yang telah lama meninggalkan aku dulu. Ya Tuhan, rindunya aku pada seraut wajah yang melahirkan aku itu…

“Aidil, ummi tak salahkan Aidil. Ummi tak salahkan sesiapa pun. Ummi tahu, Wardah buat apa yang dia fikirkan betul. Ummi yakin dengan Wardah, sebab tu ummi tak buat laporan polis. Ummi yakin Wardah takkan buat benda bodoh. Dia sayangkan Anis Maisarah, Aidil…dan dia sayangkan Aidil.” Ah, kata-kata itu lagi. Aku tidak peduli siapa yang Wardah sayangi sebenarnya. Cukuplah dia selamat walau di mana pun dia berada. Aku tidak mengharapkan dia menerimaku kali ini. Cukuplah bebanan perasaan Kharunisa’ yang aku perolehi kini.

Bagiku Borhan benar-benar seorang rijal yang baik. Walaupun Khairunisa’ memutuskan hubungan kerana aku, dia tidak langsung berdendam padaku malah dikhabarkan pada Khairunisa’ untuk membantunya supaya aku menerima cinta perempuan itu. Sahabat…niatmu suci benar namun sayangnya hatiku ini telah tertutup untuk nisa’ yang lain…cukuplah hanya aku menyayangi seorang Wardatul Syauqah yang masih menjadi bunga larangan di taman yang indah milik ummi ini. Pada Anis Maisarah akan ku cuba curahkan sepenuh kasih seorang bapa kepadanya. Aku tahu Anis Maisarah tidak pernah faham kedudukan aku dan Fairuz. Kami mencintai nisa’ yang sama, yang berbeda hanya Fairuz pernah menggunakan kudrat lelakinya untuk mengikat Wardah. Aku tidak sanggup merampas takhta itu. Aku tidak sanggup meragut mahkota yang Wardah khaskan pada lelaki yang bakal menjadi suaminya yang sah itu…maafkan ana, Wardah…ana gagal menjaga anti…maafkan ana…anti di mana…

Hari itu aku habiskan di rumah ummi bersama-sama Anis Maisarah. Tidak jemu aku melayan dan memenuhi kehendaknya. Baru seketika tadi dia melelapkan matanya setelah penat bermain. Aku mengerti, pada siapa lagi dia ingin menumpang kasih kalau bukan padaku. Ummi aku lihat sudah cukup penat menahan perasaannya sendiri. Wajahnya yang cengkung membuatkan aku bertambah kasihan padanya. Tadi aku bawa mereka berdua bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur. Sudahnya kerana tidak tahu ke mana harus ku tuju. Aku bawa saja mereka ke KLCC. Anis Maisarah suka benar dibawa ke sana. Padanya. Aku berjanji untuk membawanya ke sana lagi bersama umi. Umi? Wardah…baliklah…anak kecil ini sudah terlalu merinduimu!
…………………………………………………………………………………………………………
To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : srikandi_kharunisa@yahoo.com
Subject: AssalamualaikumAidil Azhiim…

Aidil,
Ana tahu kedatangan emel ni anta tak pernah nantikan. Ana cuma nak anta tahu, walau apa pun yang anta katakan, ana takkan berhenti menyayangi anta. Ana tahu ana buta, ana tersilap menilai antara anta dan Borhan. Ketahuilah, ana menerima Borhan dulu kerana anta. Ana tak pernah cintakan dia. Kerana itu walaupun Borhan meminta agar dipercepatkan tarikh pernikahan kami, ana tak pernah bersetuju. Ana tahu, anta masih menanti seseorang. Sehinggalah Borhan memaklumkan pada ana yang wanita itu tidak pernah menerima anta, barulah ana yakin dengan keputusan ini. Ana minta diputuskan kerana ana sudah tidak sanggup membohongi perasaan ini. Ana sudah lama jatuh cinta pada anta-sejak zaman sekolah lagi. Ana pendam perasaan itu, ana simpan untuk diri ana sendiri kerana ana tidak yakin pada anta ketika itu. Bagi ana, cukuplah anta sanggup menganggap ana sebagai sahabat baik anta. Namun di hari ana ingin berlepas ke Jordan dulu, ana kecewa kerana anta mengenalkan ana pada Borhan. Ana tahu anta cuba memberikan yang terbaik pada ana tapi hati ini tak boleh dipaksa,Aidil. Ana tak minta ada perasaan ini pada anta. Ana tak minta untuk jatuh cinta pada anta. Ana sendiri tak sukakan perasaan ni. Terlalu lama ana menyimpan perasaan ni, Aidil. Maafkan ana. Pada Borhan, ana dah katakan bahawa sehinggalah anta benar-benar diijabkabulkan bersama Wardatul Syauqah atau nisa’ yang lain, barulah ana akan kembali bersamanya. Itupun jika dia sanggup menunggu ana.

Aidil Azhiim,
Maafkan ana.

Khairunisa’ Nadia buat Shaharudin.

Ya Allah, emel itu benar-benar menyentap hatiku. Sanggup Khairunisa’ berkata begitu pada Borhan. Apalah perasaan sahabatku ketika ini…rasa bersalah yang amat segera menyelubungi ku. Aku terbayangkan wajah tenang Borhan sewaktu berhadapan dengan Khairunisa’ di Jordan dulu. Walaupun Khairunisa’ mengaku yang dia menaruh perasaan terhadapku di hadapannya, dia langsung tidak marah. Malah, dia tersenyum pada perempuan itu. Tuhan, tabahnya hati seorang Borhanuddin. Aku beristighfar perlahan, tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan. Kenapa di saat aku mula ingin melakar bahagia bersama Wardah, Khairunisa’ pula yang hadir. Kenapa di saat aku mula ingin membina istana buat Wardah dan Anis Maisarah, Khairunisa’ mula menagih kasihku? Puas aku terangkan padanya ketika di Jordan yang aku hanya mencintai Wardah namun dia tetap berdegil. Tidak pula ku tahu dia sanggup berjanji pada Borhan untuk menunggu saat aku diijabkabul. Sanggupkah Borhan menunggunya? Sanggupkah Borhan menahan perasaannya? Sampai bila Borhan akan berdiam diri?

Ya Tuhan…berikan aku petunjukMu…barangkali inilah perasaan Wardah ketika ingin memilih antara aku dan Fairuz dahulu. Walaupun aku tahu Wardah tidak mencintai Fairuz, namun aku yakin dia menyayangi lelaki itu, lelaki yang pernah menjadi suaminya yang sah. Aku cuba menenagkan diriku. Aku cuba merasionalkan diriku. Wudhu. Aku sempurnakan, sejadah aku hamparkan. Semoga munajat ku pada Allah malam ini akan beroleh sesuatu. Ya Allah, tuntuni ku menggapai redhaMu dalam mencari teduhan di bawah rimbunan kasihMu!


………………………………………………………………………………………………………………
BAB 18

Pedih yang ku rasa menusuk hingga ke hati. Ya Allah, sabarkan hambaMu ini. Tumbukan Fairuz yang singgah di pipi sebentar tadi benar-benar menguji sabarku. Lelaki ini sememangnya tidak layak untuk bersama Wardah!

“Hei binatang, mana kau sembunyikan Wardah, hah?” Astaghfirullahal a’zim…sabarkan aku, Ya Tuhan…padamkan api neraka di hatiku ini…

“Ya Allah, Fairuz. Ana dah cakap ana tak tahu ke mana dia pergi.” Aku cuba berlembut dengan lelaki ini.

“Tak payah cakap macam tu depan aku. Aku kenal kau siapa. Depan Wardah kau boleh tunjuk alim tapi bukan di depan aku. Mana kau sembunyikan Wardah?!” ya Allah, Kau berilah petunjuk pada hambaMu ini…

“Astaghfirullahal a’zim…cuba kau beritahu aku apa yang aku dapat kalau aku sembunyikan Wardah?” akhirnya aku mengikut rentaknya. Aku ralat dalam keadaan begini.

“Aku tahu kau memang sukakan bini aku tu. Dahlah kau rampas dia dari aku, sekarang kau sembunyikan dia pula. Kau fikir siapa kau?”

“Ya Allah, siapa yang rampas Wardah? Dia tak pernah beritahu dia milik kau waktu aku meminang dia dulu. Dan dia bukan isteri kau lagi, Fairuz. Dia bekas isteri kau!”

“Ah! Dia isteri aku. Dia dah janji nak kembali pada aku. Kau tengoklah nanti, kalau kau berdegil nak sembunyikan dia lagi, kau jangan menyesal tengok mayat Habsyah dan budak sial tu depan rumah kau!”

“Fairuz, kau jangan gila untuk mengorbankan nyawa orang lain demi nafsu kau!” dan dengan kata-kata itu, sekali lagi pipi ku menjadi mangsa tangannya yang telah lama digenggam. Aku terjatuh kerana pukulannya yang kuat itu. Bukan aku tak mahu membalas serangannya tapi memikirkan untuk apa. Aku biarkan saja Fairuz melayani api kemarahannya itu. Baru saja aku cuba untuk bangun, sekali lagi dia menendang tubuhku. Aku semakin lemah dek pukulannya itu. Ya Allah, Kau kuatkanlah benteng sabarku ini. Aku cuba untuk bangun lagi, dan kali ini, perutku pula menjadi destinasi seterusnya untuk kakinya singgah. Aku terperosok jauh ke belakang. Ya Allah, sakitnya…

Fairuz menghampiriku. Aku hanya diam memandangnya dan menanti tindakan seterusnya. Dia mengangkat wajahku menghadapnya,

“Ini baru sedikit yang kau dapat. Kau tunggulah nanti. Selagi Wardah tak kembali pada aku, kau akan tahu apa yang aku akan buat nanti. Kau tunggu, Aidil Azhiim!” dia terus berlalu meninggalkan aku selepas kata-kata itu. Aku hanya duduk, menahan rasa sakit yang amat. Perutku yang senak ditendang aku pegang. Ya Allah, Kau selamatkanlah hamba-hambaMu dari menjadi mangsa pada nafsu Fairuz yang menggila itu…

……………………………………………………………………………………………………

“Abi…cakit tak?” suara Anis Maisarah sayup kedengaran di telingaku. Aku membuka mata, dia hanya tersenyum di sisiku.

“Aidil…ok tak?” abi pula yang bertanya. Aku hanya mengangguk lemah. Kerana terlalu lemah untuk bergerak. Aku menghubungi abi melalui telefon bimbit yang kebetulan berada di dalam poket seluarku untuk mengambilku tadi. Sudahnya, Abi terus membawaku ke hospital dan menelefon ummi dan Anis Maisarah.

“Ummi…” aku bersuara, agak lemah suara ku aku kira ketika itu. Ummi merapatiku dan Anis Maisarah.

“Ya, Aidil. Ada apa?” ummi yang umpama ibu kandungku sendiri itu aku tatap penuh harapan. Mata kami berbicara seketika. Ummi hanya menggeleng. Aku kira ummi faham apa yang ingin aku tanyakan.

“Belum lagi, Aidil. Semalam ummi ada cuba telefon kawan dia, mereka pun tak tahu ke mana dia pergi. Ummi hampir putus asa, ummi fikir nak buat laporan polis saja tapi Baba tak izinkan. Dia yakin Wardah tak apa-apa.” Mendengarkan nama itu, Anis Maisarah segera berpaling pada ummi,

“Umi? Umi mana, nenek?” soalan itu lagi yang menjerat kami. Ummi hanya mengusap kepala anak kecil itu dan terus berlalu pergi. Ummi, tabahkan hatimu…

“Umi kerja, sayang…” ringkas jawapanku padanya. Anis Maisarah mengeluh kecil. Dia menyentuh tanganku, dan aku menggenggam tangan kecilnya itu. Walaupun dia masih kecil, namun mulutnya sudah cukup petah berkata-kata. Aku yakin anak kecil ini akan menjadi seorang yang amat pintar kelak.

“Dulu umi kat rumah, abi pergi kerja. Sekarang Abi ada kat rumah, umi pulak yang tak ada. Bila umi nak balik, abi? Sarah nak pergi KLCC…” ya Allah, pintar sungguh anak kecil ini. Abi dan Ummi tersenyum memandang kami. Aku tergelak kecil namun kerana sakit yang aku rasa di bahagian perutku. Aku terdiam.

“Sayang, sabar ye…kita tunggu umi balik dulu baru kita pergi KLCC,ya?” aku cuba memujuk Anis Maisarah yang memuncungkan bibirnya. Aku faham dia merajuk.

“Sarah rindu umi.” Serentak itu, air matanya mengalir. Wardah, dengar tak apa yang Anis Maisarah katakan? Dia rindukan anti…baliklah, Wardah…

“Shh…” aku memeluknya, cuba menenangkan anak kecil itu. Sakit ku tidak ku pedulikan, selagi aku mampu menenangkan Anis Maisarah…Wardah, baliklah…

Assalamualaikum.” Suara itu mengejutkan kami semua yang berada di dalam bilik itu. Aku memandang ke arah pintu yang telah dikuak ummi. Ya Allah, apa lagi yang cuba Kau duga pada hambaMu ini?

Usai bersalaman dengan ummi, dia menghampiriku, seraya mengusap lembut kepala Anis Maisarah. Pada Abi, dia hanya tersenyum. Abi memandangku penuh tanda tanya. Ummi juga begitu. Anis Maisarah kian erat menggenggam tanganku.

“Bila anti sampai?” akhirnya aku bersuara, memecahkan kebuntuan yang bersarang di antara kami.

“Tadi. Ana bertolak pagi semalam. Sampai rumah, ibu cakap anta ada kat sini.” Ringkas jawapannya. Dia memandangku. Aku cuba memohon kepastian dari abi tentang kata-kata ibunya.

“Abi yang bagitau tadi.” Abi menyokong kata-katanya tadi. Aku membalas pandangannya namun segera dia mengalihkan matanya.

“Borhan tak ikut sama?” aku cuba memancing perhatiannya.
“Oh ya, dia sampaikan salam pada anta dengan lafaz Assalamualaikum. Dia tak dapat ikut sama. Katanya peperiksaan final dia dah terlalu hampir.”

“Anti pun ada peperiksaan juga,kan?”

“Hmm…tapi ana tak tenang. Ana balik untuk bertemu ibu. Kebetulan pula ibu maklumkan anta di sini. Ana ambil peluang menjenguk anta.” Anis Maisarah masih bingung memandang aku dan dia.

“Oh ya, yang anti bersalam sebentar tadi tu ummi, mak Wardah.” Dia memandang ummi dan tersenyum. Ummi juga begitu.

“Ini Anis Maisarah, anak Wardah.” Anis Maisarah menghulurkan tangan kecilnya untuk menyalami dia dan dia menyambutnya.

“Abi, siapa ni?” anak kecil ini benar-benar menghiburkan aku. Belum sempat aku menerangkan, dia telahpun bertanya.

“Ni kawan abi, Mak cik Khairunisa’. Sarah boleh panggil Mak Cik Nisa’ saja.” Khairunisa’ tersenyum lagi, barangkali terkejut mendengar aku membahasakan diriku ‘abi’ pada Anis Maisarah.

“Mak cik Nisa’ datang sini buat apa?” Anis Maisarah lekas benar mesra walaupun pada orang yang baru dikenalinya. Nisa. Aku lihat tersenyum memegang pipi Anis Maisarah.

“Mak cik datang jenguk abi. Tak salah,kan?”

“Nanti umi marah.” Ringkas ayat itu, namun cukup bermakna. Anis Maisarah menggenggam erat tanganku, seolah ingin memastikan yang aku masih ingat akan umi nya. Wardah, anti di mana…

“Sayang, tak baik cakap macam tu. Salam tangan mak cik, minta maaf.” Aku cuba memujuk anak kecil itu. Anis Maisarah hanya menurut arahanku. Usai bersalaman dengan Khairunisa’, Anis Maisarah terus turun dari katilku dan mendapatkan neneknya. Ummi hanya tersenyum dan merangkul tubuh kecil Anis Maisarah. Khairunisa’ hanya memandang, bisu…

“Ana rasa ana salah pilih masa untuk jenguk anta. Takpelah, take care. InsyaAllah nanti ana contact anta.” Khairunisa’ terus berlalu sesudah mengucapkan kata-kata itu dan bersalaman dengan ummi. Aku hanya diam, mengekorinya dengan ekor mataku. Nisa’, maafkan ana…hati ana tak pernah terbuka untuk orang lain melainkan Wardah…asif, ya ukhti…asif…

……………………………………………………………………………………………………

To : qanaahbilqalil@yahoo.co.uk
From : srikandi_kharunisa@yahoo.com
Subject: AssalamualaikumAidil Azhiim…

Aidil,
Ana pulang ke Malaysia, tanah air yang telah lama ana tinggalkan. Ana pulang kali ini, bukan setakat kerana ana tidak tenang berada di Jordan, tapi juga kerana ana ingin bertemu anta, untuk meleraikan kekusutan di hati ana. Ana tahu ana melampau, ana korbankan hati Borhan untuk hati anta yang ana belum pasti akan jadi milik ana atau tidak. Takdir menemukan kita di hospital, kerana ibu mengkhabarkan pada ana akan keadaan anta yang dibelasah teruk oleh bekas suami Wardah. Wardah…ana pasti wanita itu terlalu istimewa untuk anta sehinggakan anta sanggup dibelasah dan menanggung kesakitan kerananya. Ana faham perasaan itu, Aidil. Kerana ana juga menyintai insan yang belum tentu menyintai ana. Tapi bila melihatkan betahnya Anis Maisarah mempertahankan umi nya di depan ana, ana mulai sedar, ana tak sepatutnya berada di tengah-tengah ‘keluarga bahagia’ ini. Tapi ana takkan berputus asa, Aidil. Ana akan terus menanti pintu hati anta terbuka untuk menerima ana. Cinta itu memang buta, Aidil. Dan cinta itu telah membuatkan ana buta dalam menilai erti pengorbanan.

Aidil Azhiim,
aasif.

Khairunisa’ Nadia buat Shaharudin.

BAB 19

Lama benar pemergian Wardatul Syauqah aku rasakan. Habsyah telahpun selamat melahirkan anak sulungnya, walaupun tanpa Fairuz di sisi. Lelaki itu akhirnya telah ditahan polis, lantaran tindak ganasnya pada Habsyah, dan aku sendiri. Abi memaksaku membuat laporan setelah aku cedera dibelasah teruk olehnya dan aku hanya menurut. Sudahnya, dia berada di bawah pengawasan pihak polis, sehinggalah dia memukul Habsyah sekali lagi kerana menurut amarahnya. Kini, dia disumbat ke penjara, kerana Habsyah turut akur dengan pujukan Abi untuk membuat laporan dan mendedahkan apa yang Fairuz lakukan selama ini kepadanya. Tambahan, Fairuz pernah mengugut untuk terus membunuh anaknya sebaik sahaja dia dilahirkan.

Kudrat Allah tiada siapa yang tahu. Habsyah selamat melahirkan A’bid Shuhaimi, walaupun dia sedang keseorangan di rumahnya. Saat ini. Aku rasakan betapa kerdilnya aku di mata Yang Esa. Anis Maisarah yang semakin menginjak usia, kian mengerti yang umi nya menghilangkan diri. Aku semakin bahagia dengan hidupku, biarpun masih diganggu cinta semalam Khairunisa’ Nadia. Pada Borhan. Aku telah berjanji untuk mengembalikan Khairunisa’ kepadanya walaupun dia menolak. Pada Borhan, dia tidak layak untuk memiliki cinta Khairunisa’ namun aku yang beriya memujuknya.

Assalamualaikum Aidil.” Salam itu mengejutkan aku. Aku berpaling, seraya melihat ummi menghampiriku. Dia tersenyum.

“Alaikumussalam, ummi. Bila ummi sampai?”

“Tadi. Saja teringatkan Anis Maisarah. Ummi sampai saja, Bibik cakap dia baru saja tidur. Aidil sihat?” aku tersenyum lagi. Sudah lama Ummi membiarkan Anis Maisarah tinggal bersamaku. Mujur ada Bibik yang membantuku untuk mengasuhnya ketika pemergianku ke tempat kerja. Wardatul Syauqah sehingga kini belum ada khabar. Aku pula sudah semakin berputus asa untuk mencarinya. Semakin dekat aku rasakan, semakin jauh dia lari. Pernah suatu ketika dia menghubungi ummi namun apabila mendengarkan suaraku, dia memutuskan panggilannya. Aku tak tahu di mana dia sekarang. Aku sendiri bingung, atas alasan apakan Wardah melarikan diri…

“Aidil…” ummi mengembalikan aku pada realiti. Aku tersenyum lesu.

“Ummi tahu Aidil fikirkan Wardah. Jangan risau, Aidil. Ummi yakin, Wardah dah semakin hampir pulang. Lagipun ummi tahu Wardah dah maklum tentang penangkapan Fairuz. Wardah hanya takutkan Fairuz, sebab tu dia larikan diri. Percayalah, Aidil.” Ummi menenangkan aku.

“Aidil tahu, ummi. Tapi salah Aidil juga, dah dua kali Wardah jadi macam ni. Dulu kerana Aidil tak jaga dia dengan elok, dia jadi mangsa Fairuz. Sekarang, sebab Aidil tak ada waktu dia memerlukan, dia larikan diri. Aidil rasa bersalah pada ummi, pada Anis Maisarah…”

“Bukan salah Aidil pun…ummi tak pernah salahkan Aidil. Ummi tahu Aidil dah sedaya upaya cuba jaga Wardah. Anak ummi tu saja yang degil. Biarlah dia berfikir, Aidil. Biar dia ambil masa selama mana yang dia nak untuk timbangkan mana yang baik dan mana yang buruk. Ummi yakin dia akan kembali nanti.”

“Ummi tahu Wardah di mana?”

“Ummi tak pernah tahu, Aidil. Tapi dua minggu lepas, dia ada telefon ummi. Bila ummi tanya dia di mana, dia tak jawab pun. Dia banyak tanyakan Anis Maisarah. Dia tahu Fairuz dah kena tangkap. Dia pun tahu Anis Maisarah bersama kamu sekarang.”

“Dia ada cakap bila dia nak balik, ummi?”

“Tak, Aidil. Ummi pun dah malas nak tanya. Biarlah bila pun dia nak balik, Aidil. Kamu tu, dah selesai masalah dengan Nisa’?” ya Allah, hampir saja aku terlupa akan wanita itu…yang masih mengharapkan aku…

“Dia ada hantar emel 3 hari yang lepas. Katanya dia masih menunggu saya. Entahlah, ummi…tak pernah terbuka hati saya untuk dia…”

“Kamu dah buat istikharah, Aidil?”

“Alhamdulillah, dah ummi…bayangan Nisa’ langsung saya tak nampak. Saya hanya nampak Anis Maisarah.” Aku memandang ummi, melihat wajah tua yang masih lagi kuat mengharungi ujian dan dugaan.

“Baba ada hubungi kamu?”

“Ada…Baba tanyakan Anis Maisarah.”

“Sarah saja?” ummi tersenyum penuh makna.

“Baba tanyakan ummi, dan Baba tanyakan Wardah. Apa lagi yang perlu saya jawab tentang Wardah, ummi?”

“Sabarlah, Aidil. Kalau Wardah tu betul-betul jodoh kamu, insyaAllah tak akan ke mana.”

“Abi…” panggilan itu membuatkan aku berpaling. Anis Maisarah yang masih merah matanya kerana menangis terus aku dapatkan.

“Kenapa anak abi, ni?” dia merangkul leherku, dan meletakkan kepalanya di bahuku.

“Sarah rindu umi…” ya Allah, sabarlah sayang…umi akan pulang nanti, percayalah…abi janji…sabar, sayang…

………………………………………………………………………………………………

SETAHUN BERLALU…

Tawa Abi dan Ummi jelas di pendengaranku. Aku ke luar halaman untuk menyertai mereka. Lagak Anis Maisarah yang sedang mengusik A’bid Shuhaimi menggelikan hati kami semua. Alhamdulillah, segalanya sudah beransur pulih. Trauma yang Habsyah alami sudah hilang kini. Dia bahagia dengan kehidupan barunya. Ummi yang mengambil Habsyah sebagai anak angkat turut merasakan tempias kebahagiaannya. Fairuz masih meringkuk di penjara. Biarlah, biar dia rasakan padannya balasan itu dengan tindakannya selama ini. Baba dan Mak Cik Alia juga ralit memerhatikan Anis Maisarah. Bagi kami, dia lah satu-satunya insan yang sering mengubat kerinduan kami pada Wardatul Syauqah.

Wardah…rindu ini masih ada buat anti. Bila lagi anti akan pulang dan mengubat sendiri kerinduan yang telah lama bersarang di hati kami? Anis Maisarah sudah dewasa, Wardah…dia sering menanyakan anti. Apa lagi jawapan yang harus ana berikan? Ana sudah terlalu sering menipunya, Wardah. Sehinggakan ana rasakan ana sudah tidak mampu untuk menipu Anis Maisarah lagi. Pulanglah, Wardah…pulanglah dan berilah jawapan pada penantian Anis Maisarah ini…dan berilah jawapan pada penantian ana…pulanglah…

“Abi…” Anis Maisarah berlari mendapatkan ku. Aku lekas mendukungnya. Dia ketawa melihatkan A’bid yang tidak dapat mengejarnya. Ah, anak kecil ini benar-benar menghiburkan hati kami semua. Anis Maisarah lekas mengerti yang A’bid Shuhaimi adalah adiknya. Dia menerima, namun sering dia bertanya mengapa bukan umi nya yang melahirkan A’bid dan mengapa Habsyah pula yang melahirkannya. Kami sering keliru untuk menjawab soalan ini, bimbang juga Habsyah akan terasa namun bila Habsyah sendiri yang menjelaskannya pada Anis Maisarah, kami mengerti yang Habsyah sudah mula redha dengan nasibnya.

“Abi…Sarah nak umi. Kenapa Abid ada mak, tapi Sarah tak ada umi?” Tuhan, soalan itu lagi yang ditanya. Aku memandang ummi dan Baba, cuba meraih simpati agar membantuku. Baba akhirnya menghampiri kami dan mengambil Anis Maisarah dari tanganku.

“Cucu datuk pandai, kan?” Baba mengumpan Anis Maisarah. Dia mengangguk perlahan.

“Kalau cucu datuk ni pandai, tunggu umi balik, ya? Umi pergi kerja…nanti umi balik…”

“Datuk tipu! Abi pun tipu! Nenek, Atuk Abi pun tipu! Mak Habsyah tipu! Nenek Alia pun tipu! Bibik tipu! Adik pun tipu! Semua tipu Sarah! Umi tak kerja! Umi lari dari rumah! Semua tipu Sarah! Semua jahat!” Sarah terus melarikan diri dari kami semua selepas menjerit begitu.

Aku panik, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Anis Maisarah terus berlari memasuki rumah sambil menangis. Aku memandang wajah ummi, wajah abi, wajah Baba, wajah Habsyah…semuanya kelu dan bisu. Mereka juga terkejut seperti aku. Dari mana Anis Maisarah punya kekuatan untuk berkata begitu? Ya Allah…Kau bantulah hambaMu ini…serentak itu, sebuah kereta memasuki perkarangan rumah kami…

“Abi…umi…” suara itu membuatkan aku mengangkat wajahku memandangnya. Ya Allah, benarkah aku tidak bermimpi? Betulkah aku di alam realiti? MONOLOG HATI…
WARDATUL SYAUQAH BINTI KHAIRUDDIN

Akhirnya aku kembali lagi ke dunia ini, dunia yang telah lama aku tinggalkan. Aku tahu banyak jiwa yang terseksa sepanjang pemergianku namun aku rasakan, hanya itu jalan yang terbaik untuk melepaskan diriku dari asakan keadaan ketika itu. Aku yakin Aidil Azhiim mampu mengemudi bahtera yang aku tinggalkan seketika. Buktinya, dia memang mampu. Anis Maisarah, puteri yang amat aku rindui selamat di sisinya. Permaisuri hatiku jua begitu. Ummi tampak tenang di sampingnya. Abi, Baba, Mak cik Alia, Habsyah…dan anaknya, jua anakku…A’bid Shuhaimi…semuanya selamat di sisi seorang Aidil Azhiim…aku tahu keputusanku tidak salah…Khairunisa’ Nadia yang meyakinkan aku tentang lelaki ini. Usahanya menghubungiku sewaktu Aidil Azhiim masih di Jordan tidak sia-sia. Akhirnya. Aku ke Jordan untuk menetap bersamanya dalam mencari ketenangan. Aku tahu segalanya yang berlaku di bumi ini, melalui Khairunisa’. Dia telah terlalu banyak membantu aku, dan berkorban untuk aku. Aku tahu perasaannya pada Aidil Azhiim, yang dia korbankan kerana Anis Maisarah. Aku juga tahu akan kesanggupannya untuk mengundur diri demi kebahagiaan aku dan Aidil Azhiim. Dan yang paling penting, kesanggupannya untuk membenarkan aku makan pakai di rumahnya selama tempoh aku mencari ketenangan ini. Aku juga tahu nasib yang menimpa Fairuz. Biarlah…aku kira hanya itu yang mampu menginsafkannya.

Abang, maafkan Wardah. Wardah bukan sengaja memungkiri janji Wardah tapi Wardah sudah tidak sanggup menjadi permainan nafsu yang cuba abang mainkan. Wardah dah penat melawan takdir sendiri. Wardah perlukan rehat, rehat yang lama dari segala apa yang terjadi. Kerana itu Wardah serahkan Anis Maisarah pada Aidil Azhiim, kerana Wardah tahu dia mampu membentuk anak kecil itu menjadi Anis Maisarah yang sekarang. Maafkan Wardah, abang…

Ummi, anakmu kembali lagi. Maafkan Wardah atas segala kesilapan Wardah. Ampunkan Wardah, ummi…Wardah yakin ummi memahami apa yang Wardah lakukan. Bukan Wardah tak rindu, bukan Wardah tak kasihkan ummi. Kerana terlalu kasih, Wardah terpaksa mengambil keputusan begini. Wardah tak sanggup melihat wajah tua ummi meratapi nasib Wardah. Ummi sepatutnya bahagia pada usia begini, bukan turut sama menderita kerana Wardah…ummi, Wardah sayang ummi…


Baba, Wardah mohon ampun. Terima kasih atas nasihat Baba seketika dulu. Kata-kata Baba benar-benar memberi kesan pada Wardah, bahawa Wardah berhak mengejar kebahagiaan sendiri…Wardah doakan kebahagiaan Baba bersama Mak Cik Alia…biarpun Baba katakan yang Baba menyintai Mak Cik Alia, Wardah tahu cinta Baba pada ummi…Baba jangan bimbang, Wardah akan jaga Ummi bagi pihak Baba…

Habsyah, akak kembali…tapi akak kembali bukan untuk merampas Fairuz, tetapi menyerahkan kebahagiaan itu kepada kamu. Akak harap Habsyah akan terus bahagia menjadi sebahagian dari keluarga kami. Pada akak, apa yang telah terjadi biarkan terjadi. Kini, Habsyah adalah anak angkat ummi, sekaligus adik akak, biarpun hakikatnya tali yang mengikat kita adalah ‘madu’. Akak redha dengan apa yang telah terjadi…semoga Habsyah akan terus kuat untuk menjadi seorang ibu pada seorang Abdullah…A’bid Shuhaimi…

Khairunisa’ Nadia, syukran…itu sahaja yang mampu ana katakan pada anti. Telah terlalu banyak yang anti korbankan pada ana selama setahun lebih ini. Bukan setakat makan pakai, perasaan anti juga anti korbankan pada ana. Syukran jazilan…semoga Allah membalas segala pengorbanan anti, insyaAllah…terima kasih kerana sudi mengundang ana untuk mencari ketenangan di bumi Jordan, dan membawa ana mengenal apa itu erti persahabatan yang telah lama ana tinggalkan. InsyaAllah, amanah anti pada ana untuk menjaga ‘hati’ anti akan ana tunaikan. Ukhti, syukran…jazakillahu khairan kathira…

Anis Maisarah, puteri hati umi…maafkan umi meninggalkan Sarah terlalu lama. Bukan umi tak rindu, sayang…tapi umi perlu lakukan semua ini agar segalanya tenang seperti sekarang. Satu hari nanti Sarah akan mengerti mengapa umi terlalu lama meninggalkan Sarah bersama abi…

Abang, Aidil Azhiim bin Saifullah…
Kasih ini amanah kita. Kasih ini adalah erti cinta yang kita cari selama ini. Semoga kita akan terus kuat untuk menentang badai kehidupan yang seringkali mengganas melambung ombak dalam lautan yang bahteranya terlalu lemah!

_Wardatulsyauqah_
………………………………………………………………………………………………………………






“Abang…”

“Hmm…?”

“Cinta itu apa?”

“Cinta itu Wardatul Syauqah binti Khairuddin…” dan aku tersenyum lagi, dalam lena meniti manisnya erti cinta yang aku perolehi…Terima kasih, Tuhan! Atas anugerah cintaMu yang tidak dapat aku gambarkan keindahannya!


**tamat...**

nukilan,
siti fairuzniza binti zainul idris,
mppm-uiam

1 comment:

intan said...

juz love it... ana da berangan nak jadi mcam wardah.. menjadi idaman aidil.. sweet..~