Saturday, January 19, 2008

lebihkan MENJADI daripada MENCARI



"menjadi atau mencari?? " antara ungkapan persoalan ustaz dalam pengisiannya.. ungkapan yang sebenarnya merupakan refleksi terhadap diri kita sendiri..

pembentukan atau pembinaan baitul muslim merupakan topik yang seringkali didengari di sini.. hal perkahwinan merupakan seolah2 isu besar bagi pelajar2 luar negara.. baik senior 5th year mahupun junior 1st year.. perkara tersebut dari satu sudut, merupakan perkara yang baik, tapi daripada beberapa sudut yang lain.. masih perlu dipertimbangkan..

tidak dinafikan, setiap manusia yang normal itu, punya rasa untuk disayangi.. kita punya keinginan untuk berkeluarga.. namun, baitul muslim yang hendak dibina bukanlah satu perkara mudah untuk ditempuhi.. ianya merupakan satu proses pentarbiyahan yang mana kalau salah gayanya, buruk padahnya..

keluarga muslim membantu kepada perkembangan masyarakat muslim, seterusnya negara dan dunia.. bukan proses yang mudah, dan bukan juga perkara ringan yang boleh diambil mudah..

tapi, itu tidaklah bermakna kita harus menolak pembentukan baitul muslim atas dasar takutkan tanggungjawab yang berat.. ini kerana, perkahwinan adalah satu keperluan bagi manusia untuk mengembangkan zuriat..dan ianya adalah salah satu daripada sunnah nabi Muhammad s.a.w.. namun, 'masjid yang dibina' haruslah berlandaskan aqidah, bukan nafsu semata2..

nabi telah mengajar, dalam hadithnya, yang mana dikahwini wanita itu kerana empat perkara.. hadith yang begitu popular di kalangan kita.. terdapat 4 kriteria yang disebut oleh Baginda Rasulullah s.a.w.. harta, keturunan, paras rupa dan agama.. dan agamalah yang mengatasi 3 kriteria yang lain..

ana rasa tak perlulah hadith tersebut diulas dan dikupas dengan lebih panjang.. kerna antum pastinya sudah fasih dengannya.. tapi apa yang ingin ana tekankan adalah, hadith ini bukan khas buat muslimin tatkala mencari calon isteri sahaja, tetapi juga ditujukan buat muslimat tatkala mencari calon suami..

namun, kita terlalu asyik MENCARI yang 'soleh' mahupun yang 'solehah' sehinggakan kita terlupa.. kita terlupa bahawa kita sendiri yang sebenarnya perlu MENJADI seorang yang 'soleh' mahupun yang 'solehah'.. bukankah ada pepatah yang berbunyi

"usah impikan suami seperti 'Ali andai dirimu tidak sehebat Fatimah az-zahra" dan

"usah impikan isteri sehebat saidatina khadijah andai dirimu tidak seperti Rasulullah s.a.w"..

ditambah pula dengan ayat al-qur'an.. "at-thayyibatu litthayyibina wat thayyibuna litthayyibat" [wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik]...

jelas.. fokus yang lebih utama adalah untuk menjadi seorang yang soleh dan solehah.. usah risaukan bakal suami atau isteri yang soleh, kerna itu pasti menyusul kemudian.. yang penting adalah tindakan me'muslih'kan diri kita..

usaha 'mencari' adalah usaha yang sia-sia andaiii, tidak diiringi dengan usaha 'menjadi'..

ana seringkali ditanya " dah bersedia untuk berumahtangga??".. jawapan tipikal yang sering ana beri " masih belum ada calon lahh akakk~".. tapi jauh di sudut hati, sehingga sekarang ana sendiri tidak tahu jawapannya.. masalah tiada calon lagi adalah halangan utama buat masa sekarang.. tapi, itu bukan perkara pokok.. tahap bersedianya diri ini untuk mendirikan baitul muslim adalah satu perkara yang lebih dirisaukan.. takut diri belum cukup solehah..

tapi ana yaqin, andai masanya telah tiba, pasti Allah akan permudahkan segalanya.. buat masa sekarang, hanya Doa dipohon agar hati ini sentiasa ikhlas beribadah hanya kerana Allah.. bukan beribadah semata-mata kerana mengharapkan suami yang soleh sebagai balasan..

oleh itu sahabat2, berhati-hatilah dalam membuat keputusan mendirikan rumah tangga, kerna nasib ummat masa hadapan, terletak pada tangan kita yang bakal mendidik anak2 serta keluarga.. corak apa yang bakal kita lakarkan pada dada mereka? seorang yang taat dan bertaqwa, atau sebaliknya.. renung2kan..

sama2lah kita mengejar untuk 'MENJADI' disamping berusaha dalam 'MENCARI'..

wallahu'alam..

No comments: